Amerika Pertimbang Membatalkan Halangan Akses Cip AI Mengikut Kategori Negara
April 30, 2025
•
Effi Saharudin
Sebelum meninggalkan White House, pentadbiran Presiden Joe Biden memperkenalkan halangan akses kepada cip kecerdasan buatan (AI) mengikut kategori negara. Negara kategori pertama boleh mengakses cip tanpa had. Malaysia, Singapura dan Israel pula dimasukkan ke dalam kategori kedua dimana jumlah kuasa cip maksimum untuk pusat data akan dihadkan.

Menurut laporan Reuters pagi ini, pentadbiran Presiden Trump kini sedang mempertimbangkan untuk membatalkan halangan yang baru sahaja berkuatkuasa Januari lalu. Akses kepada cip AI akan dijadikan imbuhan ketika Amerika Syarikat melakukan rundingan perdagangan dengan negara-negara lain. Selepas ini perjanjian antar negara akan dilakukan bagi mendapatkan kuota cip yang lebih tinggi.
Ini boleh dilihat sebagai berita baik bagi Malaysia yang dimasukkan ke negara kategori ketiga. Tetapi persoalan seterusnya ialah adalah ia akan dijadikan sebab untuk mengelakkan Malaysia untuk melakukan perdagangan dengan negara blok BRICS.
Presiden Trump sebelum ini memberikan amaran kepada negara yang ingin menggantikan penggunaan Dolar Amerika dalam perdagangan akan menerima balasan. Sebarang persetujuan untuk mengelakkan tarif yang dikenakan juga akan menerima nasib yang sam.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.