Malaysia Oversight

Amerika Ingin Menghantar Starlink Ke Iran Bagi Mengembalikan Perkhidmatan Internet

By Amanz in January 12, 2026 – Reading time 1 minute
Amerika Ingin Menghantar Starlink Ke Iran Bagi Mengembalikan Perkhidmatan Internet


Amerika Ingin Menghantar Starlink Ke Iran Bagi Mengembalikan Perkhidmatan Internet

January 12, 2026
Telekomunikasi

Effi Saharudin

Tunjuk perasaan besar-besaran di Iran sudah berlarutan sejak penghujung Disember tahun lalu dan kini merebak ke hampir ke keseluruhan negara. Faktor ekonomi yang semakin merosot menyebabkan tunjuk perasan meminta pimpinan Ali Hosseini Khamenei digantikan semula dengan keluarga Shah Pahlavi. Bagi mengawal penyebaran protes, Iran telah mematikan perkhidmatan internet dan telefon di seluruh negara sejak minggu lalu.

Starlink

Hari ini Presiden dipetik Reuters berkata, beliau akan menghubungi Elon Musk untuk menghantar kit terminal internet satelit Starlink ke Iran bagi mengembalikan perkhidmatan internet yang terputus. Dengan ini maklumat dari Iran boleh dibawa keluar. Sejak tunjuk perasaan bermula, 500-2000 kematian dilaporkan selepas pihak berkuasa mengambil tindakan keras ke atas demonstran.

Sekiranya kit Starlink dihantar ke Iran, ia akan menjadi kali kedua ia digunakan di kawasan konflik. Dalam konflik Rusia Ukraine, tentera dan warga Ukraine di kawasan perbatasan diberikan Starlink untuk berhubung dengan negara luar dan mengawal senjata. Tetapi pada waktu yang sama dron kamikaze Rusia dan bot penyeludupan dadah Colombia juga didapati menggunakan kit Starlink Mini



Source link