Malaysia Oversight

AMD Mengesahkan Pembangunan Teknologi Grafik Baru Dengan Fokus Terhadap AI Dan Ray-Tracing

By Amanz in November 13, 2025 – Reading time 2 minute
AMD Mengesahkan Pembangunan Teknologi Grafik Baru Dengan Fokus Terhadap AI Dan Ray-Tracing


AMD Mengesahkan Pembangunan Teknologi Grafik Baru Dengan Fokus Terhadap AI Dan Ray-Tracing

November 13, 2025
AMD

Nazrin

Semalam kami telah melaporkan bahawa AMD mengesahkan bahawa mereka sedang membangunkan siri cip pemprosesan komputer AMD ZEN 6 dan ZEN 7 yang akan dilancarkan bermula tahun hadapan. ZEN 6 akan menggunakan proses pengeluaran cip TSMC N2, manakala AMD ZEN 7 pula dijangka akan tiba pada tahun 2027 atau 2028 dan dihasilkan dengan proses TSMC A16.

Untuk bahagian grafik pula, beberapa laporan mengatakan bahawa AMD akan terus menghasilkan kad-kad grafik baru untuk golongan gamer. Untuk sekarang, AMD mempunyai teknologi grafik RDNA 4 yang telah menghasilkan kad grafik seperti AMD Radeon RX 9070 XT dan AMD Radeon RX 9060 XT, dua kad grafik kelas pertengahan dan mampu milik.

image 32

Siri kad grafik baru ini dikatakan akan memfokuaskan terhadap peningkatan prestasi kecerdasan buatan dan juga fungsi Ray-Tracing, yang berkemungkinan akan bermakna bahawa AMD akan kembali bersaing dengan NVIDIA untuk takhta kad grafik gaming berkuasa.

Setakat ini, tiada butiran lanjut yang diberikan, malah ia tidak diketahui lagi samada ia akan dinamakan RDNA 5 ataupun nama teknologi baru. Model Radeon RX 9000 juga boleh dililhat sebagai satu pengakhiran dalam siri Radeon RX, tetapi buat masa ini, perkara tersebut hanyalah sebuah spekulasi semata-mata.

image 33

Mungkin lebih penting lagi ialah pengesahan bahawa dua buah APU gaming AMD juga telah disahkan sewaktu acara Financial Analyst Day, iaitu cip APU Gorgon Point dan Medusa Point.

Cip AMD Gorgon Point akan dilancarkan pada tahun hadapan, dan walaupun tidak banyak yang diketahui mengenai spesifikasinya secara rasmi buat masa ini, ia disahkan akan berasaskan cip Strix Point sama dengan beberapa penambahbaikan seperti kelajuan teras dan jumlah cache yang lebih tinggi.

Cip Medusa Point dijangka akan dilancarkan pada tahun 2027 ataupun 2028 dan akan menggunakan cip AMD ZEN 6 yang akan diperkenalkan pada tahun hadapan. Butiran lain seperti jumlah teras, kelajuan dan penggunaan cip grafik belum disahkan lagi.

Videocardz

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link