Malaysia Oversight

AMD Dijangka Memperkenalkan Dua Kemaskini CPU ZEN 5 Untuk Bersaing Dengan Intel Arrow Lake Refresh

By Amanz in March 19, 2026 – Reading time 1 minute
Siri Cip Pemprosesan AMD ZEN6 Dijangka Hadir Dengan Lebih Banyak Pilihan Teras


AMD Dijangka Memperkenalkan Dua Kemaskini CPU ZEN 5 Untuk Bersaing Dengan Intel Arrow Lake Refresh

March 19, 2026
AMD

Nazrin

Intel baru sahaja memperlihatkan kemaskini penawaran CPU kelas desktop melalui siri cip pemprosesan Intel Arrow Lake-S dengan memperlihatkan tiga CPU baru, termasuklah Intel Core Ultra 7 270K Plus, Intel Core Ultra 5 250K Plus dan Intel Core Ultra 5 250KF Plus.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa AMD juga dijangka bakal hadir dengan kemaskini untuk beberapa cip pemprosesan ZEN 5 mereka tersendiri, dari siri AMD Ryzen 9000. Sama seperti Intel, AMD dilaporkan akan mengemaskini sekurang-kurangnya dua CPU dari siri AMD Ryzen 7 dan Ryzen 5 9000.

AMD Ryzen 9000 Series

Ini juga bukanlah kali pertama AMD hadir dengan kemaskini CPU mereka sendiri. Sebelum ini, mereka juga telah memperkenalkan cip seperti AMD Ryzen 9 3900XT, AMD Ryzen 9 5900XT dan sebagainya. Tetapi untuk kali ini, AMD nampaknya akan mengambil contoh dari pihak Intel, dan akan menjenamakan penaiktarafan ini dengan menukar angka model.

Jadi sebagai contoh, cip pemprosesan AMD Ryzen 7 9700X misalnya akan hadir dengan nama model AMD Ryzen 7 9750X, dan bukan AMD Ryzen 9700XT seperti sebelum ini. Memperlihatkan pada CPU-CPU yang dikemaskini sebelum ini, secara lazimnya ia hanya memperlihatkan peningkatan dari segi prestasi melalui IPC dan frekuensi kelajuan dan juga peningkatan penggunaan kuasa elektrik.

Tetapi perkara ini tidak disahkan lagi kerana setakat ini tiada butiran yang diketahui mengenai CPU-CPU baru ini.

Tom’s Hardware



Source link