Amazon Buang 16,000 Lagi Pekerja Bagi Meningkatkan Kecekapan
Effi Saharudin
Amazon mengumumkan mereka akan membuang 16,000 pekerja di bahagian korporat yang bersamaan 10% jumlah kakitangan korporat semasa. Sejak Oktober 2025, Amazon telah membuang sekitar 30,000 di bawah strategi CEO Andy Jassy untuk mengurangkan birokrasi, menutup perniagaan yang kurang berprestasi, dan meningkatkan kecekapan syarikat.

Kakitangan yang terlibat adalah pekerja kedai fizikal Amazon Fresh dan Go yang menjual barangan runcit, menghentikan sistem pembayaran biometri Amazon One, serta kakitangan AWS, Alexa, Prime Video, peranti, pengiklanan, Kindle, dan logistik.
Seperti alasan yang diberikan sebelum ini, penggunaan AI di Amazon membolehkan lebih banyak tugas dilakukan secara automatik sekaligus mengurangkan keperluan tenaga kerja korporat
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






