Malaysia Oversight

Airbus Perlihatkan Konsep Helikopter Masa Depan Untuk Keperluan NATO

By Amanz in February 26, 2026 – Reading time 1 minute
Airbus Perlihatkan Konsep Helikopter Masa Depan Untuk Keperluan NATO


Airbus Perlihatkan Konsep Helikopter Masa Depan Untuk Keperluan NATO

February 26, 2026
Aeronautik

Effi Saharudin

Sejak dicipta oleh Igor Sikorsky pada tahun 1939, ia berjaya membuktikan keupayaannya dalam melakukan tugasan awam dan juga keperluan ketenteraan. Kemampuan terbang dan mendarat secara menegak memberikan ia kemampuan unik berbanding kapal terbang.

Bagi memenuhi keperluan tentera NATO di masa depan, program Keupayaan Rotorkraf Generasi Akan Datang (NGRC) NATO telah diumumkan dengan Airbus memperlihatkan dua konsep helikopter untuk program ini.

Airbus NGRC helikopter

Kedua-dua helikopter perlu memenuhi keperluan NGRC iaitu terbang pada kelajuan sehingga 407 km/j, terbang sejauh 1667 km, membawa sehingga 16 anggota tentera bersama kelengkapan dan mengangkat kargo sehingga 4 tan. four tonnes. Disamping itu ia menyasarkan kos setiap adalah bawah €35 juta (~RM 160 juta) sebuah.

Helikopter konsep Airbus mempunyai rekaan asas yang sama dengan setiap satunya dilengkapi dua enjin. Ketika dalam mod penerbangan mendatar, salah satu enjin boleh dimatikan bagi menjimatkan penggunaan bahan api sehingga 30%. Model konsep kedua hadir dengan dua pod sayap kecil yang menempatkan dua kipas penolak yang digunakan pada helikopter terpantas dunia Airbus Racer.

Program NGRC akan mula menggantikan helikopter usang milik anggota NATO selewat-lewatnya 2040. Pembinaan akan ditanggung oleh Belanda, Britain, Greece, Jerman, Kanada dan Perancis.



Source link