Malaysia Oversight

AI Kini Melakukan Sehingga 50% Tugasan Di Salesforce

By Amanz in June 28, 2025 – Reading time 1 minute


Kecerdasan Buatan

AI Kini Melakukan Sehingga 50% Tugasan Di Salesforce

June 28, 2025

Aman

Pelbagai syarikat telah mula mengimplementasi penggunaan kecerdasan buatan dalam operasi syarikat masing-masing, dalam usaha mengurangkan kos dan pada masa yang sama meningkatkan kadar kecekapan dan produktiviti. Terbaru, syarikat Salesforce berkongsi mengatakan kini AI melakukan sekitar 30% ke 50% tugasan dalam syarikat mereka.

Ia dikatakan kadar kejituan dalam operasi mencapai sekitar 93% melalui penggunaan kecerdasan buatan, dan tidak mustahil mencapai 100% dalam masa terdekat. Salesforce mengatakan salah satu sebab kejayaan dan kejituan operasi juga adalah kerana mereka mempunyai data yang meluas, berbanding pelbagai syarikat lain.

Salesforce sendiri sebelum ini telah mengurangkan ribuan pekerja, dalam terus mengoptimasikan operasi. Selain Salesforce, beberapa syarikat turut telah mengumumkan secara terbuka penggunaan kecerdasan buatan, termasuk Meta yang sebelum ini menyatakan kod mereka telah mula ditulis oleh model kecerdasan buatan pada hari ini.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link