Malaysia Oversight

Agroz Robotics Menggunakan Robot Humanoid Dalam Sektor Pertanian Di Malaysia

By Amanz in December 8, 2025 – Reading time 1 minute
Agroz Robotics Menggunakan Robot Humanoid Dalam Sektor Pertanian Di Malaysia


Agroz Robotics Menggunakan Robot Humanoid Dalam Sektor Pertanian Di Malaysia

December 8, 2025
Lain-lain
Robot

Effi Saharudin

Syarikat tempatan Agroz Inc. melancarkan program Agroz Robotics dengan kerjasama UBTECH Robotics untuk menggunakan robot humanoid dalam sektor pertanian Malaysia. Robot UBTECH Walker S digunakan oleh Agroz Robotics untuk melakukan tugasan menyemai, memantau, menuai, dan mengoptimumkan proses tanaman di ladang pertanian menegak milik Agroz.

Agroz Robotics UBTECH Walker S

Menerusi penggunaan robot Walker S, Agroz berharap produktiviti ladang pertanian akan dipertandingkan dan mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja manusia. Oleh itu Agroz akan dapat menggunakan penyelesaian robotik modular yang disesuaikan untuk ladang menegak, rumah hijau pintar dan kemudahan hibrid di seluruh Asia Tenggara.

Inovasi ini sejajar dengan visi Malaysia untuk mempunyai keselamatan makanan yang mampan. Mereka berharap untuk mengembangkan sistem pertanian robot ini ke seluruh Asia Tenggara untuk mempercepatkan peralihan global ke arah sistem makanan yang pintar, mampan dan berdaya tahan dengan perubahan iklim.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link