Agrobank Disiasat BNM Selepas Insiden Kehilangan RM165.75 Juta
Effi Saharudin
Bank Negara Malaysia sedang melakukan siasatan bersama pihak berkuasa ke atas sistem Bank Pertanian Malaysia Bhd (Agrobank) berikutan insiden kehilangan RM165.75 juta menurut laporan The Edge. Masalah pada sistem menyebabkan wang tersebut disedut keluar menerusi 718 akaun di 19 institusi kewangan.

BNM mengatakan tiada dana milik pelanggan terjejas, data mereka juga tidak diambil dan kesemua perkhidmatan kewangan termasuk perbankan atas talian serta aplikasi berjalan seperti biasa. financial services, including mobile and internet banking, continue to operate normal.
Apakah yang sebenarnya berlaku masih lagi belum disahkan oleh BNM atau Agrobank. Spekulasi mengatakan ia mungkin serangan penggodam, bank menjadi mangsa penipuan atau kegagalan pada pengendali perkhidmatan pihak ketiga.
Agrobank telah mengambil langkah memperkukuhkan keupayaan pemantauan sistem, meningkatkan kawalan dalaman dan melibatkan pakar sistem luaran untuk menjalankan audit yang komprehensif.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






