Adobe Premiere Kini Ditawarkan Di iPhone
Effi Saharudin
Aplikasi suntingan video Adobe Premiere kini akhirnya ditawarkan di iPhone. Ia boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma dengan pengguna boleh melakukan suntingan asas, memasukkan babak yang dijana oleh kecerdasan buatan, memasukkan kesan khas dan mengakses pustaka aset yang ditawarkan oleh Adobe.
Kerana ia aplikasi telefon pintar, terdapat ciri mengeksport kandungan terus ke TikTok, Instagram dan YouTube Shorts. Untuk suntingan yang lebih rumah, karya yang dihasilkan dalam aplikasi telefon pintar kemudiannya boleh disunting di Premiere Pro di desktop.

Walaupun ditawarkan secara percuma pada waktu ini, beberapa ciri tambahan seperti kesan khas dan juga kredit untuk janaan AI perlu dibeli oleh pengguna. Langkah Adobe ini dilihat sebagai usaha memberikan persaingan kepada CapCut yang menjadi pilihan penghasil kandungan di telefon pintar. Kepada pengguna Androud, Adobe Premier versi untuk sistem operasi ini sedang dibangunkan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






