Adobe Mengambil-Alih Semrush Dalam Mengukuhkan Penawaran Produk Pemasaran Jenama
Aman
Adobe hari ini mengumumkan akan mengambil-alih Semrush, pada nilai mencapai $1.9 bilion.

Semrush merupakan salah satu platform yang memudahkan pemasaran web, terutamanya memfokuskan kepada SEO, pengiklanan, pemasaran media sosial, kajian kempen, dan pelbagai perkara lain melibatkan pemasaran digital. Penawaran produk Semrush juga memudahkan syarikat untuk menguruskan kempen dan menilai kempen rentas pelbagai saluran dengan mudah.
Untuk Adobe sendiri, mereka mempunyai penawaran memfokuskan perusahaan dalam memudahkan pengurusan pemasaran mereka, termasuk seperti Adobe Analytics, Adobe Experience Manager, dan Adobe Brand Concierge. Pengambil-alihan ini mengukuhkan lagi penawaran produk Adobe, selain memudahkan lagi perusahaan dalam memastikan jenama mereka turut dipasarkan melalui platform kecerdasan buatan janaan, selain carian web biasa.
Langkah ini juga sekaligus memposisikan Adobe sebagai salah satu platform pemasaran yang termaju untuk era kecerdasan buatan kini.
Adobe menyasarkan proses pengambil-alihan ini selesai pada pertengahan pertama 2026 kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






