Malaysia Oversight

Adidas Climacool Laced 2.0 – Kasut Cetakan 3D Dengan Tali Boleh Laras

By Amanz in July 17, 2025 – Reading time 1 minute
Adidas Climacool Laced 2.0 – Kasut Cetakan 3D Dengan Tali Boleh Laras


Lain-lain

Adidas Climacool Laced 2.0 – Kasut Cetakan 3D Dengan Tali Boleh Laras

July 17, 2025

Amy Maizuraa

Adidas memperkenalkan Climacool Laced 2.0 sebagai tambahan terkini dalam barisan kasut mereka. Kasut itu direka sepenuhnya menggunakan teknologi cetakan 3D dan mempunyai bahagian atas terbuka yang boleh mengikut bentuk kaki secara semula jadi. Rekaannya membolehkan pengaliran udara yang menyeluruh bagi memastikan kaki selesa sepanjang hari.

Adidas Climacool Laced 2.0 2

Climacool Laced 2.0 turut dilengkapi dengan tali boleh laras yang membolehkan padanan lebih fleksibel mengikut pelbagai bentuk kaki termasuk jenis lebar. Reka bentuk ini menjadikannya sesuai untuk semua jantina, sama ada lelaki atau perempuan. Bahagian tumit turut disokong dengan lengkungan terbina di dalam untuk memberikan kestabilan tambahan semasa berjalan atau bersukan.

Adidas Climacool Laced 2.0 1

Climacool Laced 2.0 menggunakan bahan polimer yang melalui proses pemanasan dan pemampatan selama 24 jam. Hasilnya ialah struktur bercetak yang ringan, tahan lasak dan membolehkan pengaliran udara untuk keselesaan sepanjang hari. Bahagian lidah dan tali kasut pula diperbuat daripada bahan tekstil biasa yang dipasang secara manual selepas proses cetakan. Pendekatan tersebut bagi memberikan keseimbangan antara elemen teknologi dan rekaan yang mesra pengguna serta selesa dipakai.

Adidas turut menambah baik reka bentuknya melalui penggunaan lubang tali bercetak dan tali berwarna kontras. Warna asas putih pudar dikekalkan sebagai warna latar yang minimalis manakala penambahan warna kontras memberikan karakter kasut yang lebih versatil. Climacool Laced 2.0 ditawarkan pada harga sekitar $160 (~RM680) sepasang.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link