Malaysia Oversight

Adam Mosseri Jelaskan Sebab Perubahan Bar Navigasi Instagram

By Amanz in December 5, 2025 – Reading time 1 minute
Adam Mosseri Jelaskan Sebab Perubahan Bar Navigasi Instagram


Instagram telah mengubah kedudukan bar navigasi di bahagian bawah aplikasi. Ramai pengguna merasakan perubahan ini agak mengganggu kerana sudah terbiasa dengan susunan lama khususnya apabila butang Stories dialihkan ke bahagian atas .Perkara ini turut mendapat perhatian Ketua Instagram, Adam Mosseri yang tampil menjelaskannya melalui sebuah video pendek semalam.

adam 002 edited
Bar navigasi baharu Instagram

Beliau menjelaskan bahawa susunan baharu kini terdiri daripada Home, Reels, DMs, Search dan Profile. Perubahan ini dilakukan kerana Reels dan DMs merupakan ciri yang paling banyak digunakan sekali gus mendorong pertumbuhan serta meningkatkan interaksi diantara pengguna. Mosseri turut menegaskan bahawa Instagram perlu sentiasa berevolusi untuk kekal relevan meskipun perubahan seperti ini boleh menimbulkan rasa tidak selesa pada sesetengah pengguna.

Beliau turut mengimbas kembali sejarah navigasi aplikasi. Sepanjang 15 tahun, susunannya jarang berubah kecuali pada tahun 2022 apabila tab Reels dan Shop ditambah. Namun begitu, tab Shop akhirnya dibuang kerana kurang mendapat sambutan daripada pengguna.

Instagram 1

Selain itu, Mosseri menegaskan bahawa keputusan menukar navigasi dibuat dengan penuh berhati-hati dan hanya dilakukan apabila benar-benar perlu. Matlamat utama adalah untuk memudahkan akses kepada Reels dan DM memandangkan pengguna kini lebih banyak menonton video, serta berkomunikasi melalui mesej berbanding berkongsi di Feed atau Stories.

Video penjelasan Mosseri mengenai perubahan ini telah menerima lebih 29,000 tanda suka setakat artikel ini ditulis. Bagaimana dengan anda sendiri? Adakah anda lebih kerap menggunakan Reels dan DMs berbanding Feed atau Stories sehingga menjadikan perubahan ini lebih masuk akal?



Source link