Malaysia Oversight

Abaikan 23 kerusi, strategi PN beri kelebihan kepada BN di Johor

By MkiniBM in June 26, 2026 – Reading time 3 minute
Abaikan 23 kerusi, strategi PN beri kelebihan kepada BN di Johor


Keputusan PN untuk tidak bertanding di 23 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat berpotensi memberi kelebihan kepada .

Daripada jumlah itu, PN memilih untuk tidak meletakkan calon di 13 kerusi yang kini disandang , iaitu Buloh Kasap, Bekok, Yong Peng, Parit Yaani, Machap, Tanjung Surat, Larkin, Kempas, Benut, Pulai Sebatang, Pekan Nanas, Kukup dan Mahkota.

Selain itu, PN turut mengelak bertanding di sembilan kerusi yang dimenangi PH pada PRN 2022 serta satu kerusi yang disandang Muda, iaitu Puteri Wangsa.

Sembilan kerusi PH itu ialah Tangkak, Bentayan, Penggaram, Mengkibol, Perling, Skudai, Bukit Batu, Senai dan Johor Jaya.

Keputusan untuk tidak bertanding di 13 kerusi boleh ditafsirkan sebagai strategi untuk memberi laluan kepada penyandang negeri itu atas sebab-sebab tertentu.

Bagi kerusi yang disandang PH pula, PN mungkin mengambil kira dua faktor utama sebelum memutuskan untuk tidak meletakkan calon di sembilan kerusi terbabit.

Daripada sembilan kerusi dikuasai PH itu, sebahagiannya dimenangi dengan majoriti tipis, manakala selebihnya dimenangi dengan majoriti besar.

e0ffe8939ef86f7e1f8ab0086e02728b

Faktor itu dilihat menjadi antara pertimbangan PN untuk tidak bertanding, sekali gus memberi kelebihan kepada BN.

Sebagai contoh, di DUN Johor Jaya, PH memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,922 undi, mengatasi calon BN, PN dan Warisan.

Sekiranya pertembungan kali ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara PH dan BN, sokongan penyokong PN berpotensi beralih kepada calon BN, sekali gus meningkatkan peluang untuk menewaskan PH.

Situasi hampir sama dapat dilihat di DUN Bukit Batu yang dimenangi PH dengan majoriti 137 undi serta DUN Tangkak dengan majoriti 372 undi, kedua-duanya mengatasi BN yang berada di tempat kedua.

a38f0239560b8efb302ac51199fdac35

Di DUN Perling pula, PH menang dengan majoriti 3,347 undi mengatasi BN, manakala PN memperoleh 8,829 undi.

Memandangkan PN tidak bertanding di kerusi itu kali ini, calon PH dijangka berdepan cabaran lebih sengit untuk mempertahankan kerusi DAP itu.

Eksperimen sama juga cuba dilakukan di DUN Puteri Wangsa apabila PN memutuskan untuk tidak meletakkan calon.

Bagi DUN Senai, Skudai, Mengkibol, Penggaram dan Bentayan pula, PH menang dengan majoriti besar, antara lebih 5,000 hingga melebihi 13,000 undi.

PN mungkin mengambil kira bahawa lima kerusi yang diwakili DAP itu sukar ditembusi, lalu membiarkan BN mencuba nasib di kawasan berkenaan.

Sama ada strategi itu dirancang secara sepakat atau sebaliknya, di atas kertas ia dilihat berpotensi memberi kelebihan kepada BN, khususnya di kerusi yang sememangnya disandang parti itu serta kerusi PH yang dimenangi dengan majoriti tipis pada PRN 2022.

Bagaimanapun, keputusan sebenar tetap bergantung kepada jumlah pengundi terkini serta peratusan keluar mengundi pada 11 Julai nanti.

cc3bc16a92d8d106795428aa02522102

Terdahulu, PN mengumumkan akan bertanding di 33 daripada 56 kerusi DUN, membabitkan di 11 kerusi, Bersatu (16), MIPP (lima) dan Pejuang (satu).

Ketika diminta mengulas mengenai dakwaan wujud rundingan kerusi bersama Johor, Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar enggan mengulas lanjut.

“Saya rasa apa yang penting sekarang ini kita bergerak ke hadapan bermula hari ini, kalau nak dikira perbincangan yang sebelum-sebelum ini pelbagai perbincangan yang ada.

“Bukan dengan saja, (tapi) dengan semua pihak. Jadi yang itu saya rasa saya tidak akan panjangkan kerana apa yang penting sekarang ini ialah kita bagaimana kita bergerak bermula hari ini.

“Kerana cabaran yang berada di hadapan lebih berat dan lebih besar berbanding dengan apa yang telah kita lalui,” katanya pada sidang media selepas pengumuman calon di Bakri, malam tadi.

Ditanya sama ada rundingan tersebut dianggap gagal, naib presiden berkata apa sahaja boleh berlaku dalam politik dan tidak wujud istilah sedemikian.

“Yang sesetengah pihak melihat gagal, mungkin sebenarnya ada kebaikan di sebaliknya dan mungkin akan mencipta sesuatu perkara lebih baik di masa hadapan. Jadi tidak ada istilah gagal dalam politik,” tambah menteri besar Terengganu itu lagi.



Source link