Malaysia Oversight

Kerusi berubah, majoriti rapuh: RUU panas mungkin rebah?

By MkiniBM in June 22, 2026 – Reading time 3 minute
Kerusi berubah, majoriti rapuh: RUU panas mungkin rebah?


Blok berdepan ujian getir apabila mesyuarat kedua Dewan Rakyat bagi penggal kelima Parlimen ke-15 membuka tirainya hari ini. Sesi kali ini bukan sekadar urusan legislatif lazim, sebaliknya bakal menjadi medan pertempuran politik yang mungkin mengubah landskap kuasa negara.

Fokus utama pastinya terarah kepada keupayaan untuk melepasi ambang sokongan majoriti dua pertiga atau mendapatkan sokongan 148 undi daripada 222 ahli Parlimen.

Angka keramat ini amat kritikal bagi meluluskan beberapa Rang Undang-Undang (RUU) ‘panas’ yang dijadualkan untuk bacaan kali kedua, termasuk RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 2) 2026 yang bertujuan mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

f2b805050b177c3928485ef7bf4e3482

Kebimbangan gagal mendapatkan sokongan yang diperlukan bukannya tanpa asas. Pada Mac lalu, blok kerajaan yang ditunjangi oleh Pakatan Harapan (PH) gagal mendapat sokongan secukupnya apabila membentangkan RUU Perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun. Ia gagal mendapat sokongan dua pertiga selepas hanya memperoleh 146 undi—kurang dua undi daripada syarat wajib—akibat tindakan 44 ahli Parlimen berkecuali dan 32 lagi tidak hadir.

Di atas kertas, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ibrahim sebelum ini selesa dengan sokongan sekitar 150 ahli Parlimen. Namun, dinamika itu kini sudah berubah secara drastik.

Defisit dua kerusi: Kemelut dalaman parahkan keadaan

Luka kerajaan bertambah parah susulan peletakan jawatan mengejut dua bekas menteri, Rafizi Ramli (Pandan) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa) pada 17 Mei lalu. Tindakan drastik itu diambil selepas kedua-duanya tidak lagi sehaluan dengan kepimpinan tertinggi PKR.

4979be55c8f3acc4f852b3af0ae0ccaa

Bukan sekadar mengosongkan kerusi, mereka bertindak menubuhkan parti baharu, Parti Bersama Malaysia (Bersama) dan menyatakan hasrat untuk merampas semula kubu kuat mereka itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketiadaan mereka—ditambah dengan spekulasi beberapa lagi ahli Parlimen PKR yang cenderung menyokong kem Rafizi—meletakkan benteng undi kerajaan dalam keadaan paling rapuh dalam sejarah penggal ini.

Antara mereka yang disebut-sebut termasuk Rodziah Ismail (Ampang), Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Wong Chen (Subang), S Kesavan (Sungai Siput), Zahir Hassan (Wangsa Maju), dan Lee Chean Chung (Petaling Jaya).

3c40499374c04e529405e52c0ae6d80f

Samsuri ke depan, ke belakang

Selain pergolakan blok kerajaan, susunan fizikal Dewan Rakyat hari ini juga mempamerkan ‘penceraian’ mutlak dalam kem pembangkang. Kedudukan geopolitik parlimen menyaksikan Yassin (Pagoh-Bersatu)) dipindahkan dari barisan hadapan blok G ke blok E.

Ia adalah impak keretakan hubungan antara dan Bersatu yang berlarutan sejak setahun lalu.

Tempat kini diisi oleh pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu, Ahmad Samsuri Mokhtar (Kemaman-).

Menambah renpah drama, bekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainuddin (Larut) yang dipecat oleh Muhyiddin kekal sebagai ketua pembangkang selepas dilantik semula pada 13 Jun lalu.

fb3be76dcc391f522a762fa78693b9d4

Uniknya, Hamzah kini menerajui blok pembangkang di bawah bendera parti baharunya, Parti Wawasan Negara. Langkah Hamzah ini menamatkan penguasaan singkat Ahmad Samsuri yang sempat memegang jawatan ketua pembangkang tidak sampai sebulan.

Tiga RUU sensitif menanti ditentang

Sepanjang persidangan 16 hari ini, blok pembangkang yang berwajah baharu pastinya akan menggunakan ruang sepenuhnya untuk menekan kerajaan, khususnya ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sedang rancak membara menuju hari pengundian pada 11 Julai ini.

Kerajaan dijangka berdepan jalan parah untuk meluluskan tiga RUU berimpak tinggi:

Sebagai tambahan, parlimen juga akan menyaksikan pembentangan kali pertama RUU Jenayah Siber 2026 dan RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026.

464a230c1ef759790ee9a348c3fdac94

Melihat kepada landskap Parlimen 2026 yang penuh dengan ‘pembelahan’ ideologi dan dendam politik terpendam, sidang kali ini bukan lagi sekadar medan legislatif.

Ia adalah ujian ‘hidup atau mati’ bagi keabsahan kuasa mutlak Madani di parlimen. Jika strategi rundingan gagal, pasca-sidang ini mungkin menyaksikan kerajaan yang lompang taringnya.



Source link