Malaysia Oversight

2025 Ialah Tahun Kedua Paling Panas Sejak Rekod Suhu Disimpan

By Amanz in December 31, 2025 – Reading time 1 minute
2025 Ialah Tahun Kedua Paling Panas Sejak Rekod Suhu Disimpan


2025 Ialah Tahun Kedua Paling Panas Sejak Rekod Suhu Disimpan

December 31, 2025
Sains

Effi Saharudin

Adakah anda merasakan tahun ini sentiasa panas. Data yang diterbitkan oleh Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) mengesahkan ia bukan anekdot dan sekadar pendapat peribadi kerana suhu purata pada tahun 2025 disahkan kedua tertinggi dalam sejarah sejak manusia mula menyimpan rekod suhu.

Antara Januari hingga November 2025, suhu purata bumi ialah 0.60°C lebih tinggi berbanding purata tahun 1991–2020 dan 1.48°C lebih tinggi berbanding purata tahun 1850–1900 yang adalah sebelum revolusi industri. Jika trend suhu semasa berterusan, suhu purata 2025 akan menyamai suhu purata 2023 tetapi masih sedikit di belakang 2024 dengan purata suhu 15.1°C . Sungguhpun begitu suhu purata November 2025 ialah yang ketiga tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah.

Copernicus Suhu purata 2025

Sebanyak 157 kes cuaca melampau dilaporkan tahun ini dengan ia diklasifikasikan sebagai bencana yang mengorbankan lebih daripada 100 nyawa. Di Malaysia misalnya buat pertama kalinya taufan tropika terbentuk di Selat Melaka. Taufan tropika lazimnya tidak wujud di kawasan khatulistiwa. Taufan Senyar, yang terbentuk di Selat Melaka pada 26 November adalah taufan tropika kedua berlaku di kawasan khatulistiwa selepas Taufan Vamei pada tahun 2001 yang terbentuk di Laut Selatan.

Purata suhu antara 2023-2025 masih melebihi 1.5°C berbanding suhu sebelum revolusi industri. Dunia gagal memenuhi Perjanjian Paris 2015 yang ingin mengelakkan suhu purata dunia meningkat ke tahap ini.

Saintis mengatakan suhu purata 2025 adalah lebih rendah berbanding tahun 2025 disebabkan oleh fenomena La Niña di Lautan Pasifik. Pada tahun 2024 fenomena El Niño mendatangkan kesan yang sebaliknya.



Source link