10 Telefon Paling Laku Q3 2025 Adalah iPhone dan Galaxy
Effi Saharudin
Counterpoint Research menerbitkan laporan 10 telefon dengan jualan tertinggi pada Q3 2025. Senarai ini didominasi oleh 5 model iPhone dan 5 lagi model Samsung Galaxy. Peranti paling laku ialah iPhone 16 diikuti pula oleh iPhone 16 Pro, iPhone 16 Pro Max dan iPhone 16e. Walaupun ketiga-tiganya adalah model tahun lalu, penawaran pada harga lebih menarik pasca pelancaran siri iPhone 17 berjaya melonjakkan jualan.

Kelima-lima model peranti Samsung Galaxy seterusnya adalah siri mampu milik seperti Galaxy A16 dan A36. Tiada model daripada siri Galaxy S atau Galaxy Z. Walaupun spesifikasi peranti bukan yang paling tinggi, ia masih mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna. Apple diramalkan akan memintas Samsung sebagai pengeluar telefon pintar paling besar 2025. Ini hanya akan diketahui bermula bulan depan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






