Malaysia Oversight

Apple iPhone 16 dan 16 Plus Terima Potongan Harga RM500 – Kini Bermula RM3499

By Amanz in September 10, 2025 – Reading time 1 minute
Apple iPhone 16 dan 16 Plus Terima Potongan Harga RM500 – Kini Bermula RM3499


16 dan 16 Plus Terima Potongan Harga RM500 – Kini Bermula RM3499

September 10, 2025

Effi Saharudin

Dengan pelancaran empat model baharu 17 awal pagi tadi, Apple Malaysia tidak lagi menawarkan 16 Pro dan 16 Pro Max di stor rasmi mereka. Yang kekal hanyalah iPhone 16, iPhone 16 Plus dan iPhone 16e. Tidak mengejutkan juga bermula hari ini harga jualan iPhone 16 dan 16 Plus menerima potongan RM500.

Apple iPhone 16 Plus

Harga jualan baharu dan lama adalah seperti dalam carta di bawah. Siri ini kini boleh dibeli pada harga bermula RM3499 berbanding RM 3999 sebelum ini. iPhone 16 hanya ditawarkan dengan storan 128GB dengan model 256GB dan 512 GB dihentikan. Sementara iPhone 16 Plus pula hanya dengan storan 128 dan 256 GB. Tiada lagi pilihan 512GB seperti tahun lalu.

Model Harga Lama Harga Baharu
Apple iPhone 16 (128 GB) RM 3999 RM 3499
Apple iPhone 16 Plus (128 GB) RM 4499 RM 3999
Apple iPhone 16 Plus (256 GB) RM 4999 RM 4499

Jika anda mendambakan iPhone pada harga lebih mampu milik, sekarang ialah waktu yang afdal untuk membelinya.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link