Cip Komunikasi Apple C1X dan N1 Diumumkan Untuk 5G, Wi-Fi 7, Bluetooth 6 dan Thread
Effi Saharudin
Selain mengumumkan cip Apple 19 Pro dan Apple A19 yang lebih berkuasa, Apple turut mengumumkan dua cip baharu Apple C1X dan Apple N1 bagi tujuan komunikasi. Langkah Apple untuk lebih kendiri dalam cip moden dan komunikasi akan membolehkan mereka tidak lagi bergantung kepada Qualcomm dan Broadcom di masa depan.

Cip modem Apple C1X ialah kesinambungan kepada Apple C1 yang digunakan pada iPhone 16e awal tahun ini. Ia hanya digunakan pada iPhone Air dengan ia membawakan sokongan 5G 6GHz tetapi tanpa mmWave yang disokong iPhone 17 dan siri iPhone 17 Pro.
Menurut Apple, prestasi 5G pada C1X adalah lebih pantas berbanding moden Qualcomm pada iPhone 16 Pro tetapi mengurangkan penggunaan kuasa sehingga 30%. Ini adalah penting untuk iPhone Air yang dilengkapi bateri berkapasiti kecil.

Cip komunikasi Apple N1 pula membawakan sokongan Wi-Fi 7, Bluetooth 6 dan protokol peranti berhubung Thread. Menurut Apple cip A1 akan meningkatkan prestasi penggunaan cir AirDrop adan Personal Hotspot. Apple N1 digunakan pada iPhone 17, iPhone 17 Pro, iPhone 17 Pro Max dan iPhone Air
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.