Malaysia Oversight

Apple Watch Series 11 Hadir Dengan 5G dan Pengesanan Darah Tinggi – Bermula RM1799

By Amanz in September 10, 2025 – Reading time 2 minute
Apple Watch Series 11 Hadir Dengan 5G dan Pengesanan Darah Tinggi – Bermula RM1799


Watch Series 11 Hadir Dengan 5G dan Pengesanan Darah Tinggi – Bermula RM1799

September 10, 2025
Jam

Effi Saharudin

Watch Series 11 dilancarkan awal pagi tadi dengan ia kini akhirnya menyokong rangkaian selular 5G serta boleh mengesan penyakit darah tinggi. Dari segi rekaan ia masih lagi sama seperti Series 10 iaitu tubuh nipis dengan skrin yang besar. Dua saiz ditawarkan iaitu 42mm dan 46mm dengan tubuh pula hadir dengan pilihan aluminium atau titanium.

Apple Watch Series 11 All

Cip Apple S10 digunakan dengan ia dipadankan dengan bateri yang boleh bertahan sehingga 38 jam dalam mod kuasa rendah, dan 24 jam dalam mod biasa. Pengecasan selama 15 minit sahaja boleh memberikan penggunaan sehingga 8 jam kali ini. Jam tangan pintar ini juga buat kali pertama menyokong rangkaian 5G.

Apple Watch Series 11 D
Apple Watch Series 11 Titanium

Skrin Ion-X tahun ini dipertingkat dengan ia dua kali ganda lebih tahan calar berbanding Series 10. Tubuh pula melepasi piawaian WR 50M dan IP6X membolehkan jam dibawa menyelam sehingga 6 meter. Sensor jam pula mempunyai kemampuan mengesan penyakit darah tinggi. Ini dilakukan dengan menganalisa data selama 30 hari.

Apple Watch Series 11 Darah Tinggi 1

Juga seperti yang telah diumumkan di WWDC, penggunaan watchOS 26 membawakan ciri baharu Sleep Score bagi melihat pola tidur yang lebih jelas. Sebuah lagi ciri yang agak menarik ialah apabila mod alih bahasa masa nyata diaktifkan, dialog perbualan akan dipaparkan pada muka jam.

Apple Watch Series 11 B
Apple Watch Series 11 Aluminium

Apple Watch Series 11 ditawarkan dalam warna jet black, rose gold, silver, dan space grey untuk aluminium. Untuk model titanium pula ia ditawarkan dalam warna natural, gold, dan slate. Turut ditawarkan ialah Apple Watch Hermès dalam saiz 42mm dan 46mm dalam pilihan silver titanium.

Apple Watch Hermes 2025
Apple Watch Hermes

Di Malaysia pratempahan sudah dibuka dengan jam akan mula dijual pada 19 September. Harga jam adalah bermula daripada harga di bawah dengan variasi terletak pada pilihan tali jam.

  • Appple Watch Series 11 (aluminium, GPS, 42mm) – RM 1799
  • Appple Watch Series 11 (aluminium, 5G, 42mm) – RM 2299
  • Appple Watch Series 11 (aluminium, GPS, 46mm) – RM 1949
  • Appple Watch Series 11 (aluminium, 5G, 46mm) – RM 2449
  • Appple Watch Series 11 (titanium, 5G, 42mm) – RM 3299
  • Appple Watch Series 11 (titanium, 5G, 46mm) – RM 3549
  • Appple Watch Hermes Series 11 (5G, 42mm) – RM 5499
  • Appple Watch Hermes Series 11 ( 5G, 46mm) – RM 5749

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link