Malaysia Oversight

Apple AirPods Pro 3 Berharga RM999 – Hadir Dengan Sensor Denyutan Nadi, Terjemahan Masa-Nyata

By Amanz in September 10, 2025 – Reading time 1 minute
Apple AirPods Pro 3 Berharga RM999 – Hadir Dengan Sensor Denyutan Nadi, Terjemahan Masa-Nyata


AirPods Pro 3 Berharga RM999 – Hadir Dengan Sensor Denyutan Nadi, Terjemahan Masa-Nyata

September 10, 2025

Aman

hari ini mengemaskini fon telinga nirwayar mereka dengan pengenalan AirPods Pro 3. Seperti biasa, ia hadir dengan sokongan pembatalan hinggar aktif (ANC), sekaligus membolehkan pengguna memfokuskan kepada audio yang didengar melaluinya.

Apple mengatakan ciri ANC baharu membolehkan ia mengurangkan 2x lebih hinggar berbanding generasi sebelum ini. Selain itu, rekaan dikemaskini sedikit dalam memberikan keselesaan ketika melakukan aktiviti kecergasan dan bersenam.

Apple AirPods Pro 3

AirPods Pro 3 turut hadir dengan sebuah sensor photoplethysmography (PPG) yang boleh memancar cahaya inframerah pada kadar 256 kali sesaat, sekaligus menilai kadar penyerapan cahaya dalam aliran darah. Ini sekaligus membolehkan ia menganggar kadar denyutan nadi pengguna, terutamanya ketika sedang melakukan aktiviti.

Apple turut mengatakan melalui integrasi Apple Intelligence, ia turut memberikan akses kepada “Workoud Buddy”, sekaligus memberikan pengalaman baharu kepada pengguna berasaskan kepada data kecergasan dan aktiviti yang sedang dilakukan. Ini juga turut memberikan akses kepada data dan metrik tambahan dalam bentuk masa-nyata kepada pengguna Apple Fintess+.

Selain itu, pengguna AirPods Pro 3 turut boleh mengaktifkan ciri “Live Translation” dan menikmati sokongan terjemahan masa-nyata ketika sedang berkomunikasi dengan orang lain yang menggunakan bahasa berbeza. Ini turut berfungsi dengan lebih baik melalui integrasi ANC, membolehkan pengguna memfokuskan kepada suara terjemahan secara masa-nyata. Ciri ini menyokong bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Portugis, dan Sepanyol.

Apple AirPods Pro 3 bakal ditawarkan dalam masa terdekat kepada pengguna Malaysia, pada harga RM999.

AirPods Pro 3 Rumusan

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link