Malaysia Oversight

TSMC Memegang 70% Perniagaan Faundri Cip Dunia

By Amanz in September 2, 2025 – Reading time 1 minute
TSMC Memegang 70% Perniagaan Faundri Cip Dunia


TSMC Memegang 70% Perniagaan Faundri Cip Dunia

September 2, 2025
Perkakasan

Effi Saharudin

NVIDIA dan ialah antara tiga syarikat teknologi yang mempunyai nilai pasaran tertinggi pada ketika ini. Tetapi kedua-duanya tidak akan dapat bernafas tanpa bantuan TSMC yang boleh dilabel sebagai syarikat faundri cip terbesar dunia. Menurut laporan terkini Trendforce, pasaran faundri global mencapai nilai $41.7 bilion pada Q2 2025 dengan $30.24 bilion atau 70.2% daripadanya dipegang oleh TSMC.

TrendForce Foundries Revenue Ranking

Pendapatan TSMC pada Q2 2025 adalah hampir 10 kali ganda Samsung di tangga kedua dengan pegangan 7.3% sahaja diikuti oleh SMIC (5.1%), UMC (4.4%) dan GlobalFoundries (3.9%). TSMC meningkatkan pegangan mereka dalam dunia faundri daripada 67.6% pada Q1 2025.

Kelebihan TSMC terlepas pada teknik pengeluaran 3nm yang lebih efisien berbanding yang ditawarkan Samsung. Ini antara penyebab Samsung gagal mendapatkan kontrak menghasilkan cip Tensor G5 daripada Google untuk siri Pixel 10. Samsung hanya dapat bernafas kerana menerima pesanan daripada Tesla dan diri mereka sendiri menerusi cip Exynos.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link