Malaysia Oversight

Meta Hasilkan Chatbot Mirip Selebriti Taylor Swift dan Scarlett Johansson Tanpa Kebenaran

By Amanz in September 2, 2025 – Reading time 1 minute
Meta Hasilkan Chatbot Mirip Selebriti Taylor Swift dan Scarlett Johansson Tanpa Kebenaran


Meta Hasilkan Chatbot Mirip Selebriti Taylor Swift dan Scarlett Johansson Tanpa Kebenaran

September 2, 2025
Lain-lain

Effi Saharudin

Satu lagi isu akan melanda Meta kerana mereka didapati menghasilkan chatbot yang mirip selebriti terkemuka seperti Taylor Swift, Scarlett Johansson, Anne Hathaway dan Selena Gomez tanpa kebenaran menurut laporan Reuters. Chatbot yang menggunakan wajah selebriti ini dijana oleh pengguna Meta juga oleh kakitangan syarikat media sosial ini sendiri.

Dalam ujian yang dilakukan oleh Reuters, chabot mempunyai personaliti “menggatal” dengan pengguna. Selepas dihubungi oleh Reuters, Meta segera memadam kesemua chatbot yang boleh menyebabkan mereka disaman oleh selebriti yang terkesan. Sebelum ini Scarlett Johansson menghantar surat guaman kepada OpenAI selepas suara beliau digunakan oleh ChatGPT Voice Mode tanpa kebenaran supaya ia mirip watak Samantha dalam filem sains fiksyen Her lakonan beliau.

Meta AI Selebriti Chatbot
Chatbot selebriti Meta

Kesemua selebriti ini bukanlah yang menandatangani perjanjian membenarkan Meta menggunakan rupa dan suara mereka dalam chatbot. Antara selebriti yang meminjam suara sebelum ini ialah MrBeast, Snoop Dogg, Israel Adesanya, Paris Hilton dan Kendall Jenner. Ciri ini kemudiannya ditamatkan selepa hanya diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat.

Minggu lalu ialah minggu yang mencabar buat OpenAI. Meta Superintelligence Labs disusun semula selepas kurang dua bulan dibentuk dengan kakitangan meninggalkan syarikat serta pengambilan pekerja baharu dibekukan. Mereka juga mula menggunakan model buatan Midjourney yang lebih baik daripada yang dibangunkan sendiri.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link