Samsung ViewFinity S8 Kini Ditawarkan Dengan Skrin 37″ Bernisbah 3:2
Effi Saharudin
Samsung ViewFinity S8 ialah monitor yang ditawarkan dengan pilihan skrin 32″ dan 43″ serta nisbah 16:9. Semalam model baharu ViewFinity S8 dengan skrin 37″ serta nisbah 3:2 pula dilancarkan. Menurut Samsung, ini ialah monitor pertama dengan saiz 37″ di pasaran.

Dengan nisbah 3:2, monitor ini direka untuk mereka yang ingin melakukan kerja kerana boleh memaparkan lebih banyak kandungan menegak pada permukaan skrin. Ia mengekalkan resolusi 4K dengan melepasi piawaian TÜV Rheinland untuk keselesaan ergonomik dan sistem Intelligent Eye Care.
Sokongan KVM disertakan juga bersama dengan I/O HDMI, USB-A, USB-C, bicu audio dan LAN. Menerusi USB-C, peranti yang disambung seperti komputer riba boleh dicas dengan kuasa 90W. Bahagian leher monitor ini pula menyokong putaran, tunduk, dongak dan laras ketinggian. Cuma tiada sokongan putaran 90 darjah. Harga jualan Samsung ViewFinity S8 belum diumumkan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.