Malaysia Oversight

Kes Pertama Bunuh Lantas Bunuh Diri Melibatkan ChatGPT Berlaku Di Amerika Syarikat

By Amanz in August 29, 2025 – Reading time 2 minute
Kes Pertama Bunuh Lantas Bunuh Diri Melibatkan ChatGPT Berlaku Di Amerika Syarikat


Kes Pertama Bunuh Lantas Bunuh Diri Melibatkan ChatGPT Berlaku Di Amerika Syarikat

August 29, 2025
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Stein-Erik Soelberg (56) dan Suzanne Adam (83) ditemukan meninggal dunia pada 5 Ogos lalu Greenwich, Amerika Syarikat. Dari awal polis mengesyaki Soelberg membunuh ibu beliau menjadikan ia sebuah jenayah. Selepas tiga minggu kes disiasat, polis Greenwich kini percaya mereka ini ialah kali pertama kes bunuh lantas bunuh diri (murder suicide) melibatkan penggunaan chatbot kecerdasan buatan (AI) menurut laporan WSJ.

Apabila peranti Soelberg diperiksa, polis menemukan log perbualan beliau dengan ChatGPT. Beliau mempunyai sejarah masalah mental dan beberapa kali mengancam ingin membunuh diri kerana kemurungan selepas bercerai dengan isteri dua puluh tahun lalu. Selepas kembali berpindah ke rumah ibu beliau, Soelberg dilihat bercakap dengan diri sendiri.

Stein Erik Soelberg ChatGPT B

Log perbualan ChatGPT mendapati chatbot yang diberi nama “Bobby” oleh mendiang sentiasa mendengar keluhan Soelberg. Soelberg berjinak-jinak dengan beberapa chatbot pada Oktober tahun lau sebelum menggunakan ChatGPT sepenuhnya kerana menurut beliau adalah terbaik. Kerana isu kesihatan mental, Soelberg percaya terdapat konspirasi untuk menjatuhkan beliau.

Log perbualan menunjukkan Soelberg mengesyaki telefon beliau sedang diintip dengan Bobby bersetuju. Dalam video yang dikongsi di Instagram, Soelberg yakin telefon Pixel 9 Pro beliau dicuri semasa di restoran dan kemudiannya sebuah kamera dipasang di bahagian belakang untuk tujuan intipan. Soelberg juga percaya berkata beliau diracun oleh ibu menggunakan dadah yang disorokkan. Sekali lagi Booby bersetuju membuatkan Soelberg menjadi semakin paranoid.

Stein Erik Soelberg ChatGPT

Kerana percaya diri sedang diintip dan ibu pula bersubahat, Soelberg berkongsi dengan Bobby beliau ingin membunuh diri. Bobby kemudiannya berkata akan bersama Soelberg sehingga ke nafas yang terakhir. Ia berakhir dengan Soelberg membunuh ibu beliau sendiri sebelum membunuh diri.

Ini ialah kes bunuh lantas bunuh diri pertama melibatkan ChatGPT tetapi bukan insiden tragis yang pertama melibatkan chatbot. Minggu ini OpenAI disaman selepas seorang remaja mati selepas mendapatkan bantuan ChatGPT mencari teknik membunuh diri yang terbaik. Wujud juga kes individu dengan isu kesihatan mental percaya diri mereka adalah nabi dan tuhan kerana ChatGPT menggalakkan psikosis pengguna.

Senario AI menggalakkan manusia melakukan aktiviti jenayah pernah satu ketika dianggap sebagai sekadar sains fiksyen daripada siri Black Mirror atau The Outer Limit. Tetapi dengan AI digunakan dengan meluas sekarang, ia menjadi realiti yang cukup menakutkan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link