AI Generatif MAI-Voice-1 Menjana 1 Minit Audio Dalam Masa 1 Saat
Effi Saharudin
Microsoft AI (MAI) melancarkan model kecerdasan buatan terkini mereka MAI-Voice-1 yang boleh menjana audio sepanjang 1 minit dalam masa hanya 1 saat menggunakan 1 GPU sahaja. Ia telahpun digunakan Microsoft pada ciri Copilot Daily dan Podcasts dengan ia boleh diuji pengguna menerusi Copilot Labs hari ini.

Menurut Microsoft, kerana kemampuan memproses yang amat pantas ini, MAI-Voice-1 ialah sistem menghasilkan perbualan paling cekap pernah dihasilkan. Pengguna boleh menjana cerita sebelum tidur dalam bentuk audio dengan hanya memasukkan beberapa prom.
Ciri yang boleh dilakukan oleh MAI-Voice-1 ini sama seperti yang juga dilakukan oleh Gemini dan ChatGPT. Yang menjadikannya menarik ialah kepantasan audio boleh dijana. MAI-Voice-1 dibangunkan khusus untuk pengguna yang memerlukan model AI yang pakar dalam mengikuti arahan dan memberikan respons yang berguna kepada pertanyaan harian.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.