Malaysia Oversight

AKASO Chain 2 Kini Di Malaysia – Kamera Aksi Kompak 4K Berharga RM799

By Amanz in August 28, 2025 – Reading time 1 minute
AKASO Chain 2 Kini Di Malaysia – Kamera Aksi Kompak 4K Berharga RM799


AKASO Chain 2 Kini Di Malaysia – Kamera Aksi Kompak 4K Berharga RM799

August 28, 2025
Fotografi

Amy Maizuraa

AKASO memperkenalkan Keychain 2 di Malaysia. Ia sebuah kamera aksi kompak bersaiz poket dengan berat hanya 86 gram. Hal ini menjadikannya pilihan ideal bagi para pencipta kandungan yang mahukan rakaman berkualiti tanpa beban.

KV 1

AKASO Keychain 2 mampu merakam video dalam resolusi 4K30FPS serta menangkap imej pegun berkualiti melalui sensor 20MP. Paparan skrin sesentuh 1.3-inci yang terang memudahkan kawalan semasa merakam. Dilengkapi dengan penstabilan imej 6-axis, pengguna boleh membuat rakaman yang stabil walaupun dalam situasi bergerak.

img2

Kamera ini menyokong pelbagai mod video seperti time lapse, super time lapse, hyperlapse, slow motion, dan driving mode bagi menjadikannya sesuai untuk pelbagai situasi. Bagi imej pegun, pengguna boleh memilih daripada mod seperti burst shots, timer, time-lapse photos dan light painting untuk hasil lebih unik.

01 1

Dilengkapi bateri 1050mAh, ia mampu bertahan sehingga 180 minit untuk rakaman berterusan pada 1080P. Kamera ini mempunyai penarafan IPX6 untuk ketahanan air. Apabila digabungkan bersama kerangka kalis air khas, ia boleh digunakan untuk aktiviti menyelam sehingga kedalaman 30 meter.

Bagi yang berminat, AKASO Chain 2 dijual di Malaysia pada RM799.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link