Malaysia Oversight

Hasselblad X2D II 100C Dilancarkan Dengan Autofokus dan HDR Dipertingkatkan

By Amanz in August 27, 2025 – Reading time 1 minute
Hasselblad X2D II 100C Dilancarkan Dengan Autofokus dan HDR Dipertingkatkan


Hasselblad X2D II 100C Dilancarkan Dengan Autofokus dan HDR Dipertingkatkan

August 27, 2025
Fotografi

Effi Saharudin

Hasselblad X2D II 100C dilancarkan semalam dengan ia membawakan beberapa peningkatan berbanding Hasselblad X2D 100C yang dilancarkan tiga tahun lalu. Sekilas pandang kedua-dua kamera nampak serupa tetapi sebenarnya tidak sama.

Hasselblad X2D II 100C B

Walaupun sensor masih lagi menggunakan sensor 100MP BSI, ia kini dipertingkat dengan kemampuan melakukan autofokus berterusan serta sistem HDR hujung-ke-hujung buat pertama kalinya pada kamera digital Hasselblad.

ISO ini adalah antara 50 hingga 25,600. Sistem autofokus mempunyai 425 titik PDAF berbanding 294 titik pada model terdahulu sementara sistem IBIS 5-paksi kini adalah sehingga 10 stops berbanding 7 stops. Dengan penambahbaikan ini, Hasselblad berkata X2D II 100C adalah sehingga lapan kali ganda lebih stabil untuk sesi fotografi dedahan panjang.

Hasselblad X2D II 100C C

Skrin 3.6″ OLED dengan sokongan sentuhan kini 75% lebih terang dan menu boleh dikawal menerusi butang kawalan 5D pada sisi kanan tubuh. Tubuh masih diperbuat daripada satu bongkah aluminium tetapi lebih ringan.

Bateri 3400-mAh membolehkan sehingga  327 gambar dalam format 3FR RAW atau 466 gambar tanpa HDR diambil dengan sekali caj. Kamera dilengkapi storan 1 TB SSD dengan sokongan kad memori CFExpress Type B. Harga jualan ia $7399 (~RM 31,290) sebuah hanya untuk tubuh Hasselblad X2D II 100C.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link