Selepas mendominasi dunia penstriman video berbayar, Netflix kini bersedia memasuki pula dunia taman tema fizikal menerusi pembukaan dua Netflix House di Philadelphia dan Dallas. Di kedua-dua lokasi dengan keluasan lantai melebih 100,000 kaki persegi ini, pengunjung boleh melawat dunia kandungan asli Netflix seperti Wednesday, Squid Game, ONE PIECE, Stranger Things, KPop Demon Hunters, Love Is Blind dan banyak lagi.

Dalam Squid Game: Survive the Trials misalnya pengunjung boleh menjadi peserta Squid Game dan mencuba sendiri permainan video Red Light, Green Light. Pengunjung juga boleh pergi ke TUDUM Theater yang menawarkan tontonan filem dan siri Netflix pada skrin panggung wayang yang lebih besar berbanding di rumah.

Terdapat juga arked permainan video realiti mata yang membolehkan pengunjung menyelami dunia Stranger Things, Squid Game, dan Rebel Moon dengan ia ditawarkan oleh Sandbox VR. Masuk adalah percuma tetapi untuk beberapa pengalaman dan ruang tema bayaran untuk tiket akan dikenakan. Pada waktu ini laman menunjukkan minat telah dibuka tetapi harga tiket belum diumumkan.
Netflix House Philadelphia akan dibuka bermula 12 November manakala Netflix House Dallas pada 11 Disember. Netflix House yang ketiga pula akan dibuka pula di Las Vegas pada tahun 2027.