Malaysia Oversight

Bandar Toyoake Di Jepun Mahu Mengehadkan Penggunaan Peranti Pintar Kanak-Kanak Ke Dua Jam Sehari

By Amanz in August 25, 2025 – Reading time 2 minute
Bandar Toyoake Di Jepun Mahu Mengehadkan Penggunaan Peranti Pintar Kanak-Kanak Ke Dua Jam Sehari


Bandar Toyoake Di Jepun Mahu Mengehadkan Penggunaan Peranti Pintar Kanak-Kanak Ke Dua Jam Sehari

August 25, 2025
Lain-lain

Nazrin

Mengehadkan penggunaan peranti pintar dan juga sambungan ke internet seharian adalah satu cara untuk orang ramai boleh manfaatkan untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan mental yang baik.

Terkini, bandar Toyoake yang terletak di wilayah Aichi di Jepun dilaporkan mahu meluluskan undang-undang untuk mengehadkan penggunaan peranti pintar di luar waktu dan tempat bekerja dan sekolah ke dua jam setiap hari.

Perbincangan mengenai pengenalan undang-undang baru ini sudahpun bermula, dan akan berterusan sehingga 1 Oktober kelak sebelum ia dipersetujui. Jika ya, undang-undang ini akan dikuatkuasakan dengan serta-merta.

PDPR Budak Sekolah

Laporan daripada Kyodo News mengatakan bahawa walaupun ia ditulis bahawa undang-undang ini adalah untuk semua penduduk di Toyoake, mereka yang membahaskan undang-undang ini mengatakan bahawa ia adalah lebih untuk anak-anak muda yang masih membesar, dimana ibu-bapa sering menggunakan peranti pintar ataupun tablet sebagai cara untuk menenangkan mereka.

Untuk mereka yang bersekolah, undang-undang baru ini secara ringkasnya juga menyarankan pelajar sekolah rendah untuk berhenti menggunakan peranti pada jam 9 malam, manakala untuk para pelajar sekolah menengah, mereka sepatutnya menghentikan penggunaan peranti pintar mereka pada jam 10 malam.

Dalam pada itu, walaupun had masa penggunaan peranti pintar ini diklasifikasikan sebagai undang-undang, pihak tempatan turut mengatakan bahawa tiada sebarang saman atau hukuman yang akan dikenakan kerana tidak menurutinya. Secara ringkasnya, ia memberikan ibu-bapa struktur yang mudah untuk dijelaskan kepada anak-anak supaya tidak terlalu kerap menggunakan peranti-peranti tersebut.

Kyodo News

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link