Malaysia Oversight

Apple Saman Bekas Kakitangan Yang Menyerahkan Rahsia Apple Watch Kepada Oppo

By Amanz in August 23, 2025 – Reading time 1 minute
Apple Saman Bekas Kakitangan Yang Menyerahkan Rahsia Apple Watch Kepada Oppo


Saman Bekas Kakitangan Yang Menyerahkan Rahsia Watch Kepada Oppo

August 23, 2025
Jam
Oppo

Effi Saharudin

Apple menyaman seorang bekas kakitangan yang mencuri rahsia teknologi Apple Watch yang kemudiannya diserahkan kepada Oppo. Apple turut mendakwa tindakan perisikan perindustrian yang dilakukan oleh bekas kakitangan ini telah digalakkan oleh Oppo.

Saman difailkan di California ke atas Chen Shi yang dahulunya memegang jawatan sebagai jurubina sistem sensor di Apple antara Januari 2020 hingga Jun 2025. Ini membolehkan beliau mengakses dan melihat pembangunan teknologi baharu yang dibangunkan untuk Apple Watch.

Oppo Watch 3 A
Oppo Watch

Shi memberitahu Apple ingin pulang ke untuk menjaga ibu bapa yang sudah berusia. Beliau tidak berkongsi maklumat beliau menerima tawarkan pekerjaan di Oppo dan kini mengetuai pasukan pembangunan sistem sensor syarikat yang berpangkalan di Shenzhen.

Tiga hari sebelum berhenti daripada Apple, Shi memuat turun 63 fail daripada folder Apple ke dalam pemacu USB. Kemudian beliau melakukan carian di internet bagaimana memadam MacBook dan sama ada tindakan melihat fail daripada pemacu yang dikongsi boleh dikesan oleh orang lain. Sebuah mesej kemudiannya dihantar Shi kepada Oppo mengatakan beliau akan mengumpul maklumat sebanyak yang mungkin.

Tahun ini Apple memfailkan saman ke atas peniris maklumat terkemuka Jon Prosser yang mendedahkan rahsia iOS 26 dan juga bekas kakitangan yang mencuri rahsia Vision Pro sebelum berpindah ke Snap.

Macrumors

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link