Meta Hypernova Akan Dilancarkan Di Acara Connect September Ini
Effi Saharudin
Lagi berita mengenai cermin mata pintar realiti bercampur (MR) Meta Hypernova tertiris pagi ini dengan ia kini akan dilancarkan di acara Meta Connect bulan depan menurut laporan CNBC. Connect ialah acara Meta sering memperlihatkan ciri serta perkakasan baharu yang telah dibangunkan untuk menjadikannya pentas terbaik melancarkan pengganti kepada Ray-Ban Meta.

Rekaan Hypernova telah tertiris sebelum ini dengan ia dibangunkan menggunakan nama Meta Celeste. Ia ditawarkan dengan gelang tangan electromyography (EMG) yangmembolehkan kawalan dilakukan dengan hanya berfikir kerana ia membaca isyarat yang dihantar oleh otak.
Dua kamera diletakkan pada sisi bingkai dengan modul untuk alat waveguide yang memancarkan imej pada kaca cermin mata untuk pengalaman MR turut diletakkan pada tangkai cermin mata.
Dengan pelancarannya bulan depan, Meta ingin memastikan mereka dapat mendahului pasaran cermin mata pintar dengan kemampuan AI. Google, Samsung dan Apple ketiga-tiganya mengacah pelancaran cermin mata pintar mereka. Google dan Samsung hanya akan melancarkan cermin mata pintar Android XR awal tahun depan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.