Apple Dilaporkan Ingin Guna Google Gemini Untuk Menguasakan Siri Baharu
Aman
Apple kini dilaporkan telah berhubung dengan pihak Google, dalam membangunkan model kecerdasan buatan khusus untuk menguasakan Siri baharu, yang dijadualkan untuk pengenalan pada 2026.
Seperti ramai sedia maklum, Apple sedikit ketinggalan dalam arena kecerdasan buatan berbanding yang lain. Perancangan Apple Intelligence dan Siri yang baharu juga tidak berjalan lancar seperti dijadualkan, membuatkan sejumlah ciri-ciri yang diumumkan sebelum ini masih tidak dilancarkan walaupun telah melangkaui setahun.

Ini sekaligus membuatkan Apple kelihatan tercicir dalam arena kecerdasan buatan, berbanding pesaing yang lain. Untuk tujuan berkenaan, Apple sedang menstruktur semula pelbagai perkara. Mengikut laporan, Apple akan membuat keputusan akhir sama ada menggunakan model yang dibangunkan sendiri atau menggunakan model pihak ketiga untuk menguasakan Siri.
Siri sebelum ini sedia melakukan beberapa perkara asas sahaja, walaupun dibandingkan dengan Google Assistant. Dengan integrasi kecerdasan buatan dan pengenalan Google Gemini, ia lebih jauh ketinggalan berbanding yang lain.
Selain menggunakan model Google, Apple juga turut dikatakan telah pertimbangkan menggunakan model OpenAI atau Anthropic untuk menguasakan Siri baharu mereka.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.