Malaysia Oversight

Elon Musk Membuka Akses Penjanaan Video AI Secara Percuma Untuk Semua Melalui Grok

By Amanz in August 17, 2025 – Reading time 1 minute
Elon Musk Membuka Akses Penjanaan Video AI Secara Percuma Untuk Semua Melalui Grok



Grok

Elon Musk Membuka Akses Penjanaan Video AI Secara Percuma Untuk Semua Melalui Grok

August 17, 2025
Aplikasi
Kecerdasan Buatan

Aman

Elon Musk kini mengumumkan pengenalan ciri penjanaan video dikuasakan kecerdasan buatan untuk semua pengguna seluruh dunia melalui Grok. Buat masa ini, ciri ini memerlukan pengguna menggunakan aplikasi Grok, dan belum boleh dilakukan melalui integrasi Grok pada X atau Telegram.

Menggunakan aplikasi Grok, kini menyertakan sebuah tab baharu dinamakan Imagine. Melaluinya, pengguna boleh memasukkan teks dan ia akan menjana gambar yang bersesuaian dengan input anda. Seterusnya, anda boleh memilih gambar yang anda berkenan, dan memilih untuk ia menganimasikan atau menjadikannya bergerak dan menyimpannya dalam bentuk video.

Grok Imagine ini menjana video berdurasi selama 6 saat. Daripada ujian kami sendiri, proses janaan berjalan lancar dan pantas melalui aplikasi Grok. Bagi anda yang berminat mengujinya, boleh melakukan ia menggunakan aplikasi Grok di Android dan iPhone.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link