Malaysia Oversight

Bekerja Lebih Pintar Dengan Galaxy AI Dalam Samsung Galaxy Z Fold7 Dan Galaxy Z Flip7

By Amanz in August 8, 2025 – Reading time 5 minute
Bekerja Lebih Pintar Dengan Galaxy AI Dalam Samsung Galaxy Z Fold7 Dan Galaxy Z Flip7


Samsung Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7 bukan sekadar telefon baharu. Sebaliknya, kedua-dua model merupakan telefon boleh lipat yang menjadi pasangan serasi bagi gaya hidup moden. Dengan rekaan canggih yang boleh dilipat, ia menawarkan kebebasan dan gaya yang memenuhi keperluan pengguna masa kini.

image 7
Samsung Galaxy Z Fold7 & Galaxy Z Flip7

Pada waktu pagi, anda boleh membuka Galaxy Z Fold7 di meja kerja untuk menyunting dokumen, melakar idea, atau menyemak jadual harian yang telah disusun oleh Galaxy AI secara pintar. Galaxy Z Flip 7 pula lain ceritanya. Kecil, bergaya dan senang dibawa ke mana-mana sahaja. Apabila dibuka, ia boleh menjadi ruang untuk bekerja dan berkarya dengan lebih mudah.


Galaxy AI Serba Baharu Lebih Bijak

Telefon biasa mungkin mempunyai AI namun ia boleh berfungsi dengan lebih berkesan pada peranti boleh lipat seperti Z Fold 7 dan Z Flip 7. Dengan skrin utama yang luas pada Galaxy Z Fold7, pengguna boleh membuka dua aplikasi serentak lantas membolehkan AI meringkaskan dokumen di satu bahagian sambil pengguna mencatat nota atau berbual di bahagian lain. Ini bukan sekadar multi tugas biasa tetapi pengalaman pintar yang dioptimumkan oleh gabungan AI dan reka bentuk boleh lipat. 

image 8
Flex Window

Bagi Galaxy Z Flip7 pula, reka bentuk kompak bersama Flex Mode menjadikan Galaxy AI lebih praktikal dalam rutin harian. Skrin luarnya kini dilengkapi ciri Flex Window yang membolehkan pengguna melihat maklumat penting seperti ringkasan harian, notifikasi dan aplikasi pilihan tanpa perlu membuka telefon.

Melalui fungsi Now Brief, pengguna boleh menyusun aktiviti harian dengan lebih teratur, termasuk semakan jadual mesyuarat, laporan cuaca dan tugasan penting. Galaxy Z Flip7 amat sesuai untuk mereka yang aktif dan sentiasa memerlukan maklumat pantas secara visual. 

Berbanding model sebelumnya seperti Z Flip 6, peranti ini hadir dengan AI yang lebih cekap serta paparan antara muka yang lebih mesra pengguna. Hasilnya, penggunaan terasa lebih lancar dan boleh diubah suai mengikut gaya hidup setiap individu. 

image 9
Now Brief

Galaxy Z Fold7 direka khas untuk mereka yang mahukan ruang kerja yang luas dan bebas. Dengan paparan besar yang boleh dilipat, pengguna boleh melakukan pelbagai tugasan serentak seperti menyunting dokumen sambil membandingkan data dari dua aplikasi dalam satu skrin. Ciri Writing Assist memudahkan penulisan e-mel dan dokumen dengan gaya bahasa yang profesional dan tersusun.

image 10
Writing Assist
image 11
Writing Assist

Manakala fungsi Transcript Assist membolehkan perbualan mesyuarat dirakam dan ditukarkan kepada teks secara automatik, lantas menjimatkan masa serta mengurangkan keperluan menaip secara manual. Kesemua ciri ini menjadikan Galaxy Z Fold7 sebagai pilihan tepat untuk tugasan kerja yang memerlukan kandungan bertulis yang pantas dan terperinci.

image 12
Transcript Assist
image 13
Transcript Assist

Teknologi Galaxy AI yang terdapat pada kedua-dua peranti ini turut memudahkan komunikasi serta pencarian maklumat. Ciri Interpreter membolehkan pengguna mendapatkan terjemahan dua hala secara masa nyata yang sangat berguna untuk urusan perniagaan dan juga perbualan melibatkan pelbagai bahasa. Pengguna boleh berbual dengan rakan yang menggunakan bahasa berbeza dan menerima terjemahan langsung dalam bahasa pilihan mereka. Ini menjadikan komunikasi lebih lancar dan berkesan tanpa perlu bergantung kepada jurubahasa secara fizikal.

image 14
Interpreter

Browsing Assist pula membantu pengguna memahami kandungan digital dengan lebih pantas seperti meringkaskan artikel panjang, laporan penyelidikan dan laman web penting. Ini memudahkan pengguna membuat keputusan berdasarkan maklumat yang relevan, terutamanya bagi mereka dalam bidang pengurusan maklumat.

image 15
Browsing Assist
image 16
Browsing Assist

Untuk pengguna yang berkecimpung dalam bidang kreatif seperti fotografi, Galaxy AI menawarkan ciri seperti Photo Assist dan Drawing Assist yang membolehkan penyuntingan gambar serta lakaran konsep baharu dilakukan terus dari skrin telefon. Proses reka bentuk menjadi lebih cepat dan idea boleh direalisasikan dengan lebih bebas walaupun ketika berada di luar pejabat. 

image 17
Photo Assist & Drawing Assist

Di samping itu, Audio Eraser memastikan rakaman suara lebih jelas tanpa gangguan bunyi latar, menjadikannya sesuai untuk menghasilkan kandungan audio seperti podcast, video promosi atau rakaman temu bual di lokasi yang bising.

image 18
Audio Eraser
image 19
Audio Eraser

Dalam kehidupan seharian, Galaxy Z Flip 7 menawarkan ciri Photo Ambient Wallpaper yang membolehkan gambar kegemaran dijadikan latar belakang menarik yang berubah mengikut waktu dan suasana semasa. Ciri ini bukan sahaja menambah elemen visual yang lebih peribadi pada peranti malah mencerminkan gaya dan emosi pengguna dengan lebih tepat.

image 20
Photo Ambient Wallpaper
image 21
Photo Ambient Wallpaper

Pada masa yang sama, Health Assist memainkan peranan penting dalam memantau tahap kesihatan termasuk kadar degupan jantung, pola tidur dan aktiviti harian. Sistem ini turut menghantar notifikasi apabila berlaku perubahan penting yang memerlukan tindakan segera sekaligus menjadikan peranti ini sebagai rakan pintar penjagaan tubuh yang sentiasa siap sedia menyokong kesejahteraan pengguna.

image 22
Health Assist
image 23
Health Assist

Prestasi Dalaman Boleh Tahan

Dari segi spesifikasi, siri Samsung Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7 menawarkan keseimbangan antara reka bentuk premium dan prestasi dalaman yang mantap. Kedua-dua model hadir dengan sentuhan elegan dan peningkatan dari segi paparan serta keupayaan kamera.

image 24
Samsung Galaxy Z Fold7 & Galaxy Z Flip7

Galaxy Z Flip7 dilengkapi dengan skrin utama boleh lipat bersaiz 6.9 inci Dynamic AMOLED 2X beresolusi FHD+, serta skrin luar FlexWindow 4.1 inci yang kini merangkumi hampir keseluruhan panel hadapan. Ia dikuasakan cip Exynos 2500 berasaskan teknologi 3nm, disertakan kamera utama 50MP dan bateri berkapasiti 4,300mAh. Flip7 juga menyokong Samsung DeX buat pertama kali yang menjadikannya lebih versatil untuk tugasan kerja.

image 25
Samsung Galaxy Z Fold7 & Galaxy Z Flip7

Galaxy Z Fold7 pula menawarkan paparan utama 8 inci Dynamic AMOLED 2X dengan kadar segar semula 120Hz, serta paparan luar 6.5 inci yang lebih lebar berbanding model sebelumnya. Ia menggunakan cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy, dilengkapi kamera utama 200MP bersama sistem tiga kamera belakang, dan bateri 4,400mAh. Peranti ini turut menjalankan Android 16 dengan antaramuka One UI 8, serta dijamin menerima kemas kini sistem dan keselamatan selama tujuh tahun.


Dapatkan Satu Sekarang! 

Dari segi harga, Galaxy Z Flip7 ditawarkan bermula dari RM4,999, manakala Galaxy Z Fold7 bermula dari RM7,799. Bagi pengguna yang mencari pilihan lebih mampu milik, Samsung turut memperkenalkan Galaxy Z Flip7 FE dengan harga serendah RM3,999.

image 26
Samsung Galaxy Z Fold7 & Galaxy Z Flip7

Jika anda sedang mencari peranti yang menggabungkan gaya moden dan fungsi praktikal dalam satu pakej, Galaxy Z Flip7 dan Z Fold7 adalah pilihan yang wajar dipertimbangkan. Untuk maklumat lanjut mengenai ciri-ciri penuh dan promosi terkini, anda boleh layari laman web rasmi Samsung Malaysia

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia.



Source link