Malaysia Oversight

ChatGPT Bereksperimen Dengan Sokongan Personaliti Ketika Interaksi Melalui GPT-5

By Amanz in August 8, 2025 – Reading time 1 minute
ChatGPT Bereksperimen Dengan Sokongan Personaliti Ketika Interaksi Melalui GPT-5


ChatGPT hari ini telah mula menambah sokongan model terbaru mereka, GPT-5. Bersama-sama dengannya, ia menyertakan sejumlah penambah-baikkan, termasuk beroperasi lebih pantas, dan kurang berhalusinasi.

ChatGPT Personaliti

Tidak setakat itu, OpenAI turut menambah sebanyak 4 personaliti baharu pada ChatGPT, yang membolehkan anda memilih dan berinteraksi dengannya ketika menggunakan ChatGPT. Empat personaliti ini adalah Cynic, Robot, Listener, dan juga Nerd.

Masing-masing dilatih berasaskan kepada suatu personaliti khusus. Cynic dilatih untuk memberikan jawapan kritikal dan sarkastik, Robot pula memfokuskan lebih efisien, Listener lebih berbentuk menyokong, dan Nerd pula lebih bersemangat.

Dengan langkah ini, ia akan mengadaptasi kepada personaliti berkenaan ketika memberikan respon dalam menggunakan ChatGPT. Pengguna turut boleh menambah beberapa perkara dan tetapan lain melalui halaman personaliti pada ChatGPT.

Kemaskini baharu ini diuji bersama-sama pengenalan GPT-5 baharu bermula hari ini.



Source link