Malaysia Oversight

Microsoft Perkenal GPT-5 Pada Copilot Dan Pelbagai Produk Lain – Kini Boleh Digunakan Semua

By Amanz in August 8, 2025 – Reading time 1 minute
Microsoft Perkenal GPT-5 Pada Copilot Dan Pelbagai Produk Lain – Kini Boleh Digunakan Semua


Microsoft Perkenal GPT-5 Pada Copilot Dan Pelbagai Produk Lain – Kini Boleh Digunakan Semua

August 8, 2025
Kecerdasan Buatan
Microsoft

Aman

Selari dengan pengenalan GPT-5 oleh OpenAI hari ini, kini Microsoft telah mula memperkenalkan integrasi model kecerdasan buatan janaan terbaru berkenaan pada pelbagai produk dibawah mereka, sekaligus membolehkan pengguna yang ingin menggunakannya untuk mencubanya serta-merta hari ini.

Integrasi GPT-5 ini telah mula ditawarkan melalui Copilot, Microsoft 365, dan juga GitHub.

GPT5 Copilot

Model baharu ini dikatakan boleh melaksanakan tugasan yang lebih mencabar, menawarkan penulisan lebih baik, sokongan sempoicara lebih pantas, serta beroperasi lebih baik dalam penjanaan imej. 

Selain untuk pengguna, Microsoft juga turut telah menawarkan model GPT-5 ini melalui Microsoft Azure untuk para pembangun.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba GPT-5 melalui Microsoft Copilot hari ini, secara percuma.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link