BlueSky Kini Mempunyai 38 Juta Pengguna Berdaftar
Amy Maizuraa
Platform media sosial BlueSky kini mencatatkan sebanyak 38 juta pengguna berdaftar. Ia menunjukkan peningkatan ketara berbanding 30 juta pengguna yang diumumkan pada Januari lalu.

Lonjakan ini memperlihatkan penerimaan positif dalam kalangan pengguna yang semakin terbuka untuk mencuba alternatif kepada platform media sosial biasa.
BlueSky menawarkan pengalaman seumpama Twitter namun dengan kelebihan yang membolehkan pengguna beralih antara perkhidmatan tanpa kehilangan kandungan.
BlueSky pada asalnya merupakan projek dalaman Twitter sebelum ia diasingkan sebagai entiti berasingan. Peningkatan jumlah pengguna ini juga dipercayai didorong oleh perubahan yang berlaku pada aplikasi X (dahulunya Twitter) yang kini dirasakan kurang relevan oleh sebahagian pengguna.

Selain BlueSky, terdapat juga beberapa platform alternatif lain yang mula mendapat perhatian pengguna. Salah satu daripadanya ialah Daun iaitu sebuah aplikasi media sosial yang dibangunkan sepenuhnya di Malaysia.
Daun menawarkan antaramuka yang mesra pengguna, serta menggunakan istilah dan ikon unik berasaskan tumbuh-tumbuhan termasuk Bunga untuk tanda suka (Like). Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Daun di Google Play Store dan Apple App Store hari ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.