PM Sweden Dikecam Kerana Menggunakan ChatGPT Untuk Pendapat Polisi Kerajaan
Effi Saharudin
Adakah ketua negara dibenarkan mendapatkan bantuan kecerdasan buatan (AI) sebelum memperkenalkan polisi kerajaan? Ini soalan yang menjadi bualan hangat di Sweden selepas Perdana Menteri Ulf Kristersson mengaku beliau bertanya kepada ChatGPT mengenai strategi yang ingin digunakan kerajaan beliau dalam temubual bersama Degen Industri.

Kecaman teruk diterima walaupun Kristersson kemudian menjelaskan ia sekadar proses mendapatkan pendapat kedua bagi melihat apakah yang pernah dilakukan kerajaan lain untuk menangani isu yang sama. Antara komen negatif yang diterima ialah rakyat mengundi manusia dan bukannya chatbot AI untuk menguruskan tenaga.
Persoalan mengenai penggunaan AI untuk membantu melakukan tugasan menjadi topik perbualan hangat sejak ChatGPT dilancarkan pada penghujung 2022. Bermula sebagai chatbot ringkas, ia kini boleh menghasilkan aplikasi, membangunkan laman web, mengambil alih tugas asas manusia dan kini hadir dengan ejen yang menyebabkan ramai dibuang kerja.
Jika di Malaysia ketua negara mengaku menggunakan AI untuk menggubal polisi negara apa pula pendapat anda? Sejauh manakah penggunaan AI boleh diterima sebelum ia dianggap keterlaluan?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.