Malaysia Oversight

Samsung Membantu Apple Menghasilkan Cip Untuk iPhone Di Amerika Syarikat

By Amanz in August 7, 2025 – Reading time 1 minute
Samsung Membantu Apple Menghasilkan Cip Untuk iPhone Di Amerika Syarikat


Samsung Membantu Menghasilkan Cip Untuk Di Amerika Syarikat

August 7, 2025
Samsung

Effi Saharudin

Pagi ini mengukuhkan komitmen melalukan pelaburan $600 juta di Amerika Syarikat di bawah Program Pembuatan Amerika (AMP) bagi mengembalikan semula kemampuan pengilangan dalam negara. Apple akan bekerjasama dengan TSMC, Broadcom, Corning, Texas Instrument dan Samsung dalam AMP dan dilihat sebagai usaha menggembirakan Presiden sekaligus mengelakkan tarif tinggi import.

Samsung ISOCELL HP3
Sensor Samsung Isocell

Dalam pengumuman yang dikeluarkan Apple, mereka mengesahkan akan menggunakan perkhidmatan Samsung untuk menghasilkan cip berteknologi baharu yang tidak pernah dilihat sebelum ini di kilang Samsung di Austin, Texas. Maklumat mengenai cip ini masih samar sekadar Apple mengatakan ia akan digunakan pada peranti seperti .

Beberapa penganalisa meramalkan ia bukanlah cip pemproses sebaliknya ialah cip sensor kamera. Sudah kedengaran Apple akan mengeluarkan sensor kamera sendiri menggantikan sensor Sony yang digunakan sejak sekian lama. Kerjasama Apple dan Samsung adalah menguntungkan kedua-dua pihak.

Bagi Apple mereka akan memenuhi permintaan untuk kembali mengeluarkan peranti di Amerika Syarikat. Buat Samsung pula mereka menerima pelanggan baharu yang membantu perniagaan faundri mereka yang mencatatkan kerugian selepas pelanggan seperti Qualcomm dan Google berpindah ke TSMC. Ia sebuah lagi berita baik buat Samsung yang beberapa minggu lalu memenangi kontrak menghasilkan cip untuk Tesla sehingga 2033 juga di Austin, Texas.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link