Malaysia Oversight

LinkedIn Dilaporkan Rancang Buang 5% Pekerja

By Amanz in May 14, 2026 – Reading time 1 minute
LinkedIn Dilaporkan Rancang Buang 5% Pekerja



LinkedIn

LinkedIn Dilaporkan Rancang Buang 5% Pekerja

May 14, 2026
Microsoft

Aman

LinkedIn, perkhidmatan sosial dibawah Microsoft kini dijangka mengumumkan pembuangan sekitar 5% pekerja dibawah mereka. Pemotongan ini dijangka memberikan impak kepada lebih 875 pekerja global perkhidmatan sosial berkenaan.

Pembuangan pekerja ini dikatakan dalam terus mengoptimasikan operasi, dan memfokuskan tenaga kerja kepada bahagian kerja yang berkembang. Langkah ini juga dilihat sama seperti pelbagai syarikat lain yang turut membuang pekerja mereka pada tahun ini, termasuk Microsoft, Meta dan lain-lain.

Salah satu perkara yang memberikan impak terhadap sektor teknologi ini adalah perkembangan teknologi kecerdasan buatan, dimana ramai yang menggunakannya dalam menghasilkan kod dan pembangunan. Sejak tahun 2025, kita sedia menyaksikan ramai tenaga kerja dalam arena teknologi dikurangkan dari hari ke hari.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link