Malaysia Oversight

Google Sedang Membangunkan Aplikasi Gemini Untuk macOS

By Amanz in March 20, 2026 – Reading time 1 minute
Google Sedang Membangunkan Aplikasi Gemini Untuk macOS



Gemini

Google Sedang Membangunkan Aplikasi Gemini Untuk macOS

March 20, 2026
Google
Kecerdasan Buatan

Aman

Dengan persaingan sengit dalam arena kecerdasan buatan janaan, pelbagai syarikat berlumba untuk mendapatkan angka pengguna aktif yang tinggi. Terbaru, Google dilaporkan sedang membangunkan aplikasi Gemini untuk macOS, sekaligus membolehkan pengguna macOS mengakses dan menggunakan Gemini dengan lebih mudah dan lebih kerap lagi.

Pada hari ini, penyedia lain seperti OpenAI dan Anthropic, masing-masing menawarkan aplikasi ChatGPT dan Claude untuk macOS.

Gemini untuk macOS turut dikatakan akan menyertakan ciri dinamakan “Desktop Intelligence”, membolehkan Gemini melihat apa yang anda sedang lihat pada skrin, dan memberikan jawapan berasaskan konteks untuk tugasan yang sedang dilakukan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan melancarkan penawaran mereka ini. Untuk makluman, sebelum ini turut telah memeterai perjanjian bersama Google untuk menggunakan model daripada Google dalam menguasakan Intelligence dan juga Siri.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link