Malaysia Oversight

Lokasi Kapal Pengangkut Pesawat Perancis Terdedah Disebabkan Data Strava

By Amanz in March 20, 2026 – Reading time 1 minute
Lokasi Kapal Pengangkut Pesawat Perancis Terdedah Disebabkan Data Strava


Lokasi Kapal Pengangkut Pesawat Perancis Terdedah Disebabkan Data Strava

March 20, 2026
Sekuriti

Effi Saharudin

Ketenangan di Timur Tengah menyebabkan harga bahan api dunia melonjak naik. Tentera utama dunia kini dalam keadaan berjaga-jaga dan rahsia lokasi operasi perlu diperketatkan. Tetapi lokasi kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Republic Perancis telah terdedah disebabkan oleh data Strava.

Strava Charles de Gaulle

Lokasi kapal Charles de Gaulle didedahkan berada di Lautan Mediterranean kerana seorang pegawai tentera memuat naik aktiviti senaman beliau ke dalam aplikasi Strava. Kedudukan kapal ini dikesan oleh wartawan Le Monde dan menyebabkan Staf Am Angkatan Tentera Perancis melalukan semakan dalaman dengan segera.

Walaupun Perancis menolak permintaan Amerika Syarikat untuk menghantar kapal perang ke Selat Hormuz, Charles de Gaulle dihantar ke Laut Mediterranean bagi mempertahankan aset milik tentera sekiranya diperlukan. Pendedahan lokasi kapal adalah serius kerana boleh digunakan lawan untuk merancang serangan.

Ini bukan pertama kali data Strava mendedahkan lokasi rahsia anggota tentera. Di Afghanistan dan Iraq, lokasi markas anggota tentera telah terdedah disebabkan Strava beberapa tahun yang lalu. Arahan kemudian diberikan untuk sistem GPS jam tangan pintar dan penjejak kesihatan dimatikan oleh anggota yang bertugas. Tahun ini pula cermin mata pintar dan fon telinga bluetooth pula diharamkan Tentera Udara Amerika Syarikat bagi mengelakkan lokasi anggota tertiris secara tidak sengaja.



Source link