Android Desktop Mode Kini Boleh Digunakan Pada Peranti Pixel
Effi Saharudin
Android Desktop Mode kini boleh digunakan secara rasmi menerusi kemas kini terkini Android 16 QPR3 selepas diuji di peringkat beta sejak berbulan lamanya. Menerusi Android Desktop Mode, peranti Pixel 8 dan ke atas boleh disambungkan terus kepada monitor untuk memberikan pengalaman sebuah komputer desktop.

Ini bolehlah dikatakan sebagai Samsung DeX tetapi untuk semua peranti Android selepas ini. Malahan mod ini dibangunkan oleh Google dengan kerjasama Samsung.Dalam Android Desktop Mode, pengguna boleh membuka aplikasi pada skrin besar, melancarkan aplikasi dalam banyak tingkap, mengakses dermaga aplikasi dan juga sokongan multi-window.
Keperluan minima ialah port peranti perlu menyokong piawaian USB DisplayPort secara terbina. Sambungan boleh dilalukan terus menggunakan kabel USB-C atau penyesuai USB-C ke HDMI.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.





