Malaysia Oversight

Tecno POVA Ecosystem Menawarkan Sistem Gaming Mudah Alih Lengkap

By Amanz in March 3, 2026 – Reading time 1 minute
Tecno POVA Ecosystem Menawarkan Sistem Gaming Mudah Alih Lengkap


Tecno POVA Ecosystem Menawarkan Sistem Gaming Mudah Alih Lengkap

March 3, 2026
Tecno

Effi Saharudin

Di MWC Tecno memaparkan beberapa peranti dan sistem konsep yang mungkin akan ditawarkan sebagai peranti sebenar kepada pengguna di masa depan. Sebelum ini kami telah menyentuh mengenai Modular Magnetic Interconnection Technology yang menawarkan 10 aksesori bermagnet untuk telefon pintar. Mereka juga membangunkan POVA Ecosystem untuk penggemar permainan video.

POVA Ecosystem konsep

POVA Ecosystem terdiri daripada sebuah telefon pintar POVA Metal yang menurut Tecno ialah telefon pintar 5G logam pertama yang mempunyai tubuh unibody. Terdapat juga POVA Controller Slide yang merupakan alat kawalan fizikal yang membolehkan sudut skrin diubah daripada 0-25 darjah mengikut keselesaan pemain. Ia mempunyai butang analog, digital, dan muka untuk kawalan permua yang lebih jitu.

Melengkapi sistem konsep ini ialah fon kepala A POVA Earphone yang mempunyai sistem lampu dot-matrix di bahagian cawan telinga. Pada ketika ini POVA Ecosystem masih sekadar konsep tanpa perancangan menawarkannya kepada pengguna diumumkan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link