Malaysia Oversight

Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya Tergendala Akibat Kecurian Kabel Elektrik

By Amanz in March 3, 2026 – Reading time 1 minute
Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya Tergendala Akibat Kecurian Kabel Elektrik


Perkhidmatan MRT Laluan Tergendala Akibat Kecurian Kabel Elektrik

March 3, 2026
Lain-lain
Pengangkutan

Effi Saharudin

Perkhidmatan MRT laluan tergendala pagi ini disebabkan oleh kecurian kabel. Gangguan bekalan kuasa di antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Damansara Damai menyebabkan kekerapan trend kini mengalami kelewatan.

MRT Laluan Putrajaya

Para penumpang boleh mempertimbangkan untuk menggunakan laluan tren alternatif. Penumpang dari Laluan MRT yang ingin ke Stesen Kwasa Damansara boleh membuat pertukaran tren di Stesen Tun Razak Exchange (TRX).

Perkhidmatan bas perantara ulang-alik percuma disediakan bagi membantu penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing seperti di bawah dengan kekerapan setiap 15-20 minit bergantung kepada keadaan trafik semasa.

MRT Metro Prima, MRT Sri Damansara Timur, MRT Sri Damansara Sentral, MRT Sri Damansara Barat, MRT Damansara Damai, MRT Sungai Buloh, MRT Kampung Selamat dan MRT Kwasa Damansara.

Gangguan perkhidmatan MRT Putrajaya berlaku selepas perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan hampir setiap hari sejak dua minggu kebelakangan ini juga disebabkan masalah teknikal.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link