Malaysia Oversight

Lebih 7 Juta Cermin Mata Pintar Meta Dijual Sepanjang 2025

By Amanz in February 13, 2026 – Reading time 1 minute
Oakley Meta Vanguard Ialah Cermin Mata Pintar Tahan Lasak Untuk Pengguna Aktif


Lebih 7 Juta Cermin Mata Pintar Meta Dijual Sepanjang 2025

February 13, 2026
Meta

Effi Saharudin

Kami ramalkan 2026 akan menjadi tahun cermin mata pintar mula mendapat perhatian ramai kerana teknologi sudah semakin matang dibantu oleh perisian yang semakin berguna. EssilorLuxottica yang bekerjasama dengan Meta menawarkan cermin mata pintar melaporkan lebih 7 juta pasang cermin mata telah berjaya dijual sepanjang 2025.

Oakley Meta Vanguard D

Ini adalah lebih tiga kali ganda jumlah jualan cermin mata pintar mereka sepanjang 2024 dan 2023. Dengan ini mereka semakin menghampiri sasaran 10 pasang cermin mata pintar dijual setiap tahun menjelang 2028. Bermula dengan hanya satu model, kita Meta menawarkan empat model cermin mata pintar. Ray-Ban Meta untuk penggunaan santai, Oakley Meta HSTN untuk ahli sukan,Oakley Meta Vanguard untuk aktiviti sukan lasak dan Meta Ray-Ban display dengan skrin terbina.

Walaupun jualan meningkat, Meta akan berhadapan lebih banyak persaingan tahun ini dengan Google, Samsung, dan Xiaomi semuanya bersedia menawarkan cermin mata mereka ke pasaran global.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link