Samsung Dilaporkan Ingin Integrasi OpenAI Dan Perplexity Pada Peranti Galaxy
July 26, 2025
•
Aman
Samsung pada hari ini sedia menawarkan integrasi Google Gemini melalui telefon pintar, tablet dan juga jam tangan pintar mereka. Ia juga menjadi salah satu penyedia yang menguasakan disebalik Galaxy AI. Tidak setakat itu, kini ia dilaporkan Samsung sedang dalam perbincangan bersama beberapa penyedia perkhidmatan kecerdasan buatan janaan, termasuk OpenAI dan Perplexity.
Sekiranya semuanya berjalan lancar, Samsung dijangka menyertakan pilihan model dan penyedia perkhidmatan yang diminati pengguna melalui Samsung Galaxy S26 seawal tahun 2026 ini.
Samsung menyasarkan sekiranya sesuatu perkhidmatan menawarkan pengalaman dan output yang berkualiti kepada pengguna, maka mereka ingin mengintegrasikannya pada peranti mereka. Apa pun, ia masih pada peringkat awal lagi, dan sama-sama kita nantikan bagaimanakah integrasi ini akan dilakukan Samsung melalui Galaxy S26, dan adakah ia akan memberikan impak kepada kerjasama mereka dengan Google.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.