Malaysia Oversight

Semua TV dan Monitor OLED Samsung 2026 Kini Menyokong NVIDIA G-Sync

By Amanz in February 3, 2026 – Reading time 1 minute
Semua TV dan Monitor OLED Samsung 2026 Kini Menyokong NVIDIA G-Sync


Semua TV dan Monitor OLED Samsung 2026 Kini Menyokong NVIDIA G-Sync

February 3, 2026
NVIDIA
Samsung

Effi Saharudin

Samsung akhirnya mengumumkan kesemua TV OLED dan monitor OLED mereka untuk tahun 2026 kini secara rasmi menyokong NVIDIA G-Sync. Selama ini produk OLED keluaran Samsung hanya menyokong teknologi AMD FreeSync Pro. Menerusi G-Sync isu imej nampak terkoyak dan tidak lancar akan diselesaikan apabila TV dan monitor disambungkan kepada PC dengan kad grafik NVIDIA.

Samsung TVs and Displays OLED TVs and Odyssey NVIDIA G SYNC Compatible main1

Antara model yang menyokong NVIDIA G-Sync ialah TV S95H, S90H dan S85H dengan kadar segar semula sehingga 165Hz. Sementara itu monitor yang menyokongnya pula ialah ialah Odyssey G6 (G60H) dengan kadar segar semula sehingga 1040Hz dan Odyssey G6 (G61SH) dengan kadar segar semula sehingga 240Hz.

Yang disokong hanyalah NVIDIA G-Sync dan bukan teknologi baharu NVIDIA G-SYNC Pulsar yang diumumkan di CES 2026 bulan lalu. Bagi yang memerlukan teknologi yang menyelesaikan isu imej kabur dan berganda ini,G-SYNC Pulsar hanya disokong monitor baharu keluaran Acer, AOC, ASUS dan MSI.



Source link