Malaysia Oversight

TikTok Shop Merakam 100 Juta Carian Produk Di Malaysia Setiap Hari

By Amanz in July 24, 2025 – Reading time 2 minute
TikTok Shop Merakam 100 Juta Carian Produk Di Malaysia Setiap Hari


Acara TikTok Shop Summit sedang berlangsung hari ini di Setia City Convention Centre dimana syarikat-syarikat dan pencipta kandungan yang memanfaatkan platform TikTok Shop bertemu untuk bukan sahaja bersuai-kenal antara satu sama lain, tetapi juga untuk membolehkan TikTok Shop memperlihatkan perkembangan berkenaan platform terbaru tersebut.

image 128

Sewaktu pembukaan acara tersebut, pihak TikTok Shop Malaysia telah mengatakan bahawa sepanjang tahun kewangan 2024, mereka telah merakamkan sebanyak 100 juta carian produk di Malaysia setiap hari.

TikTok Shop Mall, yang merumahkan pelbagai jenama produk juga telah memperlihatkan peningkatan jumlah penjual sebanyak 2.9 peratus dari tahun ke-tahun, manakala nilai barang kasar (Gross Merchandise Value) pula memperlihatkan peningkatan nilai sebanyak 2.7 peratus berbanding produk yang tidak dijual di TikTok Shop Mall.

image 130

Sepanjang tahun kewangan 2024 juga, TikTok Shop dilihat mempunyai 3.6 juta rakan pencipta kandungan dan mencatatkan peningkatan jumlah rakan jualan dan juga nilai jualan yang lebih tinggi pada tahun lepas.

image 131

Untuk membantu penjual meningkatkan lagi mutu dan hasil jualan di platform tersebut, TikTok Shop juga telah memperkenalkan ciri-ciri perniagaan baru seperti sistem pengautomasian Product GMV Max, Affiliate Creatives for Ads (ACA), Opportunity Center, promosi New Arrival Discount, Product Data Synchronisation, ciri Affiliate Link dan lencana TikTok Shop Star Creator Program.

Untuk para pelanggan TikTok Shop pula, mereka telah menyediakan beberapa ciri-ciri baru untuk memudahkan lagi pembelian di platform tersebut. Ini termasuklah pulangan percuma dalam tempoh 30 hari selepas pembelian, ciri bayar nanti pakai lekas TikTok PayLater dan juga penghantaran hari seterusnya di lokasi-lokasi terpilih.

image 127

Pengenalan TikTok PayLater khususnya dilihat telah membantu meningkatkan jualan produk di TikTok Shop yang turut menawarkan had perbelanjaan yang boleh diubahsuai dan tempoh pembayaran yang mudah untuk diikuti.

image 129

Rekaan bahagian TikTok Shop juga juga telah dikemaskini untuk memudahkan lagi pengguna dan penjual untuk mengakses produk-produk yang mahu dibeli di bahagian tersebut. Bagi TikTok Shop, ia juga membantu dalam mengekalkan kehadiran pelanggan dan pengguna di platform tersebut. Tidak kira untuk menonton kandungan video ataupun membeli barangan dengan tawaran harga yang mampu milik, pengguna TikTok hanya memerlukan satu platform untuk melakukan semua itu.

image 132

Dalam pada itu, TikTok Shop juga akan memperkenalkan lebih banyak lagi promosi jualan sepanjang keseluruhan tahun ini, bermula pada September sehingga September, bersama-sama acara jualan sedia ada seperti Tawaran Hari Gaji, TikTok Shop Super Creator dan TikTok Shop Super Brand Day.





Source link